what the..........

oke...che tengok daisypath aku...che la nengok...ahaaa...berapa no yang kua??? 2 kan???


Since today, i am yours for two years.
I'm slightly disappointed...just a little bit...for something that should not be happen.
oke...just fine...
im not wishing this for our unexpected 2 years.


 


p/s : hari nie je kua 2 tahun, esok da jadi 2 tahun 1 hari....masa memang tak akan berkompromi dengan kita. Walaupun kau seorang Raja yang berkuasa, kau tetap tak boleh mengundur masa yang dah berlalu.

ehem...ehem...

Lama sudah tidak membelog......

Semua benda akan disimpulkan menjadi satu, ini adalah sinopsis semata....


  • Hari ini aku demam selsema. So petang tak masuk opis. Tapi petang tu jugak aku bejalan sampai ke Batu pahat. Mak Cik aku dari KL nak singgah Parit Raja untuk beli souvenir buat kawan-kawan kat KL nun. Ape lagi kerepak kerupuk la yang paling glamer kat sini. Malam maghrib baru ler sampai rumah. Oke memang letih dan rasa nak berehat saje, tapi sempat membeloging sikijap...=)
  • Ohhhhh....berita yang tak sempat diceritakan. Aku ILI SYAFIKAH sudah bekerja...ececeehhh...gebang lebey...ok saya keje biasa-biasa saje, mak dan ayah masih menanggung makan dan minum saya, saya masih menumpang tidur di rumah mereka. Ahaaaa..maksudnya saya cuma kerja sambilan mengisi masa terluang dari terus menganggur dan membuang masa sambil membesarkan badan di rumah. Oh pengalaman itu memang tidak boleh dibeli...!!!
  • Atas sebab di atas, aku akan mendapat baby...BaBY...????ahaaaa....^_^
  • Belajar menghadapi kesusahan dan berhadapan dengan rintangan yang kadang-kadang kita tak duga. Manusia memang tidak sempurna.
  • OOOOHHHHH gosssiiiipppp....malunya kalau bersikap terlalu menunjuk-nunjuk dan cerita lebey pada perkara yang belum pasti. Sikalang lu jugak yang malu maaa...mana mau tutup muka???Balik kg laaaaa apa lagi boleh bikin...ok maaf kerana BIADAP...Tapi saya cakap yang betul...(tapi ini celita suda keco satu kluang maaa...upss!!!)
  • Ayah dan mak hari-hari bagi suport supaya aku tak resign dalam tempoh terdekat. Ok janji tak buat macam dulu lagi...ahahaha
  • ILI SYAFIKAH bangun awal setiap pagi. Setiap pagi beliau akan mengambil breakfast (perkara yang jarang-jarang berlaku)
  • Mula menghargai masa, tido awal setiap malam. Pukul 9.30 p.m dah tido...Macam tak pecaya pada diri sendiri tapi itu kenyataan oke.             
  • Aku macam tak boleh tido kalau takde ears plug....cam best plak menatang tu...(tanya en.Google kalau tak tau apekah itu)
  • Tak saba nak tunggu meri kerismas ini. Bukan sebab nak celebrate oke, tapi sebab nak becuti. ahaaaa...                      ILI SYAFIKAH lebih menghargai cuti-cuti umum yang sebelum ini beliau endah tak endah je kewujudan cuti umum ini sebab setiap hari adalah cuti umum baginya. Sekarang...PADAN MUKA!!!

Semua adalah coretan hidup sepanjang hari dan semalam dan beberapa minggu lepasi. Tak la dapat nak digambarkan secara terperinci, tapi ini la yang keluar saat aku mencari idea nak menulis (bajet rajin).

Semoga ILI SYAFIKAH lebih kuat menghadapi masa-masa mendatang.

AJA AJA FIGHTING!!!!

p/s :naseb en.BB tak merungut sebab selalu call tak dapat. Thanks for being understanding person huny...tak mcm kita kan,selalu marah bila call tak dapat...ahaaa...rotan budak perempuan ini!!!
macam la bizi sangat, gedix lebey...("",)

oke, macam ni.....saya...saya???



Sebenarnya banyak benda dah berlaku

GEMBIRA

SEDIH
&
AIR MATA


Saya nak share entry tentang kegembiraan saya menyambut ketibaan ayah dan mak yang baru balik dari haji. Mereka sihat, Alhamdullah...

Tapi keadaan saya sekarang sukar untuk berkongsi kegembiraan itu...
Keadaan nya seperti dilanda tsunami...juga seperti letusan Gunung Marapi...
(oke terlalu hiperbola saya rasa...)
(-.-")




p/s : kan kan kan..blog bukan tempat yang bagus untuk saya melepaskan emosi ammarah..

       Saya...????kenapa guna saya...??? 

       -sebab hari ni saya rasa saya sopan...
       hehehehehe (oke,dis is fake laugh)

aku memang emosional malam ini

saya rasa sungguh emosi malam ini


KENAPA MESTI JADI TAK BEST MALAM NI
Malam ni hujan, memang sangat seronok kalau tido.
bukak kipas dan selimut satu badan sampai tak nampak kepala
atau minum milo panas sambil on9
atau minum coklat panas sambil baca buku 
oke..paling koman pun minum air sejuk sambil tengok TB


unfortunately

semua dia atas tidak berlaku kepada saya


unfortunately

saya rasa sangat tenseion pada malam yang indah ini
oke
memang sangat-sangat
-TITIK-


P/S : PENGORBANAN YANG IKHLAS TAK PERLU DIUNGKIT MENJADI SATU BAHAN UNTUK BUAT ORANG RASA RENDAH DIRI..

ini cerita scary ke ek...???( --part 3--)

Sebelum tu Terima Kaseh pada semua yang membaca..aileviu..^_^


Continue..

Waktu Malaysia 2.15 am, ganguan itu berulang lagi selang beberapa hari selepas kejadian pertama, cuma kali nie bunyi tu kedengaran agak jauh (luar pagar rumah) sambil diselang seli dengan bunyi anjing menyalak dan meng'gong gong'(bunyi anjing..korang faham kan..). Kebetulan masa tu aku dan sisterku belum tido lagi, so memang berangkut la kami tido kat luar. Lepas subuh baru pindah dalam bilik semula.

Banyak spekulasi dibuat oleh kami seisi keluarga, Abah dan Abang membuat keputusan yang itu adalah bunyi musang atau kucing muntah. en.BB membuat keputusan yang itu adalah bunyi kucing batuk (tak lawak oke syg..). Lia membuat keputusan yang itu adalah bunyi seorang perempuan yang dah mati dibunuh dan mintak aku dan sisterku tolong temukan mayat dia (oke..yang ni lawak!!). Mama tak buat apa-apa, cuma sabar dan menunggu keputusan sebenar. Aku dan sisterku adalah mangsa dan kami tak kan membuat apa-apa komen (ccceeetttttt!!!).

Selang beberapa hari selepas kejadian kedua, aku parking kereta selepas keluar. Parking kereta rumah aku betul-betul depan bilik tidur tempat aku dan sisterku tidur. Masa tulah aku perasan sesuatu kat dinding bawah tingkap bilik. Ada banyak bekas tapak kaki kecil kat situ. Cuma ada 3 jari yang runcing-runcing dan pendek. Bekas tapak kaki tu seperti memanjat ke dinding dan ada satu tapak kaki seolah tergelincir dekat besi gerigi tingkap, tingkap yang sama yang sisterku dengar suara 'ngeri' itu. Kemudian aku pergi ke tingkap di mana tempat aku dengar pulak suara 'ngeri' itu (aku dan sisterku dengar suara 'ngeri' itu di dua lokasi tingkap yang berbeza). Memang mengejutkan, kat dinding tu pun ada tapak kaki runcing tu cuma tak sebanyak yang ada kat dinding yang lagi satu. So masuk rumah dan menghebohkan apa yang aku nampak dan jumpa..ahahaha (kenapa ko ketawa??!!)

Andaian dibuat oleh Abah dan Abang telah diguna pakai. Kemungkinan memang betul bunyi terhasil oleh musang yang menggedix. Abah cakap musang takut dengan anjing, so bunyi anjing yang menyalak dan meng 'gong gong' adalah kerana anjing tu ternampak musang. Andaian yang dibuat en.BB terus aku bekukan, kucing tak ada kaki yang runcing oke, huny. Tapi itu cuma andaian sahaja, kami pun tak sure binatang apakah itu, atau mungkin bukan binatang, atau ya memang ia seekor binatang (malam ni aku tido bilik tu lagi,so positif oke!!). Ya,ia memang seekor binatang!!... 

Kasen aku, dia 'tengok-tengokkan' rumah aku masa Hari Raya Haji hari tu. Katanya rumah aku 'bersih' dan tak ada apa-apa pun. Cuma kawasan tepi kelapa sawit sebelah rumah tu kawasan 'dia'. Rumah aku mungkin tempat 'dia' lalu lalang. So mungkin dia singgah-singgah saja nak mengusik anak dara rumah nie (Fuzah, kenapa kau buat lawak jenis hareemm macam tu??!!!). 
So semua kembali normal kini (Mudah mudahan).




p/s : dulu aku selalu terjaga malam-malam dan terdengar macam suara orang menangis. Bila aku tanya mak, dia kata tu bunyi musang kenyang. Musang kenyang memang bunyi macam tu ke ek..??? So aku pegang cakap mak tu. Sekarang kalau dengar bunyi macam suara menangis, aku dah tak kejutkan mak lagi. Aku cuma ambik bantal dan selimut dan terus pindah tido kat bilik mak...muahahaha...

ini cerita scary ke ek...???( --part 2--)

continue...

versi sisterku :
Dia on9 or berchating or watever yang dia buat kat bilik belakang sampai lewat malam (mama cakap dia dengar nana berborak malam tu kat bilik,dah suara kuat..u disturbe orang nak tido oke!!)
So bila dah agak lewat malam, dia turn off laptop dan baru nak solat isyak. Sepanjang solat tu, tak ada pulak bunyi-bunyi pelik yang didengari. So biasa je lah, dan dia ke meja solek untuk touch up sikit sebelum tido (ahaa bukn touch up cuma pakai krim muka kot). 
Kebetulan meja solek tu betul-betul terletak diantara dua tingkap bilik. Tengah sapu-sapu krim muka dan belek-belek mana yang patut, dia terdengar satu bunyi.

HHHEEEEEHHHHH!!!
 ~~Rilek je sebab mungkin bunyi angin (she try to be positv)

HHHEEEEEHHHHHH!!!!  
 ~~One more, dan kali ni semua aktiviti dia terhenti (oke...cuba lebih fokus)

HHHEEEEEHHHHH!!!!  HEEEEHHHHH!!!!  HEEEEEHHHHHH!!!!
 ~~Langkah seribu maaaa....

Lepas lari keluar bilik, dia baru teringat aku yang nyenyak tidur kat bilik. So tutup telinga dan masuk bilik untuk kejut aku dengan penuh emosi ketakutannya. Siyesli, kalau dia tak kejut aku mungkin aku mendapat tido yang sempurna malam tu, sumpah tak sedar langsung bunyi 'ngeri' tu.


to be continue....
>>>jawapan untuk semua ganguan misteri itu<<<


p/s : oke...jangan main-mainkan orang yang dah meninggal...tulah akibatnya!!!!

ini cerita scary ke ek...???

terasa lama dah tak memblogi..ahaa..gedix(99x) 
Cerita adalah berdasarkan tajuk di atas..
kejadian berlaku pada hari Rabu,10 nov 2010 jam 2.30am.
lokasi kejadian adalah di bilik tidur parent aku di mana aku dan sisterku tidur.

stori versi ilisyafikah:
Malam tu seperti biasa aku tidur sambil bergayut mean bertelifon la (bukan bergayut di katil oke). Menjadi kebiasaan aku bertelipon sampai tertidur. Sisterku pulak berchating dengan besfren or maybe boifren or it could be our kasen sampai lewat malam di bilik belakang.
Bebual punya berbual aku pun terlelap dan aku rasa en.B telah memutuskan talian (bengang agaknya sebab cakap sorang-sorang or maybe dia pun sama tertidur). Aku tak pasti pukul berapa masa tu tp mungkin dalam pukul 12 somethng kot.
Tiba-tiba aku dikejutkan oleh silauan lampu yang dipasang berserta sisterku dengan keadaan tergopoh gapah mengejutkan aku sambil tanganya menutup dua2 telinga. 'Asal pulak budak ni' bisik aku sendiri (aiceehhh bisik2 plak,dah macam buat karangan la pulak.OKE BACK TO SIRYES MOOD!!)
"KAK,KAU DENGAR TAK??"
"DENGAR APANYE KAU NIE...??" (masih dalam keadaan mamai)
"DENGAR BETUL2...KAU BUKAK LA HANDSFREE  KAU TU!!!"
"DENGAR APA KAU NIE..!!??" (aku cabut handsfree dan cuba fokus)

HHHEEEEEEHHHHH!!!

tanpa banyak cakap aku terus melompat dari katil!!!!
jam : 3am waktu malaysia

p/s : bersambung versi stori sisterku....sebenornye aku dah rasa seram...lalalala

ummm...oke..its fine

oke..i'll be fine..
Mak kan selalu pesan;-
'Whatever it is,u have to face it someday'
'Belajar menerima kekurangan orang lain'
'Kita takkan hidup dengan orang yang sama je sentiasa kan'
'Belajar hidup dalam menghadapi kesukaran'
'Kebaikkan @ kerja yang kita buat bukan untuk kita tunjuk,biar semua orang nampak "betapa rajin dan baiknya kau", ia lebih afdal kalau Si Pemberi Pahala yang jelas nampak keikhlasan hati kau'
'Tak perlu cemburu pada orang lain, dia turut ada kekurangan malah  kekurangannya itu adalah kelebihan yang kita ada'


sabar itu paling perlu..
life is not like we always expecting, its not just fine always, its not always full with smile...
it is full of hurt, full of tears, most advnture then u think of...

p/s : i miss a lot of my mum and dad...how fibrous  my life is without them...

oke...tak mengapa...

Oke...
Kita tak boleh nak paksa orang
untuk suka pada kita.
Sebab kita jugak kadang-kadang
tak nak berusaha buat orang
lain rasa selesa dengan kita.
So watchout dear....
Nobody is perfect,
u too...

Rumah ada cermin kan...???
Cermin peribadi sendiri before
u judge sumbady...

p/s : remind to myself too...chill ilisyafikah...

rindu serindu rindunya

Miss them much..
ooohhh how long should i wait'g for..
 
"gedixnyer kau kan ilisyafikah..
jaaappp je la, bukn lama lagi pun..
till now, around 5 minggu lagi je.."
 
"pale hutak awak sekejap, 5 minggu sekejap????
sometimes i just cant stand, i just need them and 
nobody..just them"

"haiyoo i understand la...but there u still have many 
people around u, they make u happy, they make u smile..
dont u think that is good enough???"
 
"i know and i'm very appreciate that. Tapi kadang-kadang
 kau akan rasa yang kau memerlukan
orang yang sangat2 rapat dengan kau..
hellloooo, they are my parent oke,
  of course la i always need them"

"oke aku faham tu..so apa yang kau boleh
buat sekarang..nothing kan..
go on with your life, sabar la..
sekarang nie masa bergerak dengan
sangat cepat. sumtimes kau tak sedar 
tiba2 dah 5 minggu berlalu.."

" i hope so...."

"Oke, dont worry..i always there for u..."

"thanks dear.."

p/s : when i miss them much, i'm crying...that all i can do...GEDIXNYER KAU KAN...

Petua Orang Tua...patut laaaa...

      Orang zaman dulu2 kala, memang kaya dengan petua dan adat masing-masing. Aku saje nak share salah satu dari petua orang tua which is atok aku buat untuk aku masa aku masih comel means mase baby la(sekarang pun apa kurangnya..haiittt!!!).

      Biasanya lepas kita lahir, akan keluar bersama kita tembuni (kantung tempat kita duduk masa dalam perut ibu). Tembuni tu biasanya akan dicuci bersih-bersih, dibungkus dengan kain putih (warna apa2 pun boleh kot) dan dimasukkan dalam suatu bekas (biasanya pakai tembikar) kemudian ditanam.

      Makcik aku cerita, masa atok jantan (atok melaka) nak tanam tembuni aku, dia pakai cantik-cantik, kemas-kemas, kacak-kacak. Baju melayu dengan songkok siap bersampin lagi.Agak-agak macam nak pegi rumah kenduri kawin je gayanya (nasib baik jiran dia tak nampak, kalau tak nak mengikut jugak pegi kenduri tu, walaupun sebenaunye.....).
      So kenapa atok aku pakai kacak-kacak begitu masa tanam tembuni aku???.
      Jawapannya sebab kalau kita pakai cantik-cantik dan kemas-kemas serta kacak-kacak, nanti bayi yang dilahirkan tu akan jadi seorang yang sentiasa cantik-cantik, kemas-kemas dan macam-macam lagi la. Lebih kepada personaliti agaknya.

      Tak sure la betul ke tidak perkara ni, tapi itulah yang diceritakan pada aku. Makcik aku siap pesan kat menantu dia, pakai kemas-kemas masa nak tanam tembuni cucu dia. Ahahaha tak pasal-pasal pakai baju melayu pakai songkok lepas tu pegang cangkul. Kadang-kadang banyak betulnya petua orang zaman dulu-dulu ni. Pantang larangnya pun berderet-deret, kadang-kadang sampai tak terikut.

      So sebagai orang muda, yang lahir zaman hutan batu ni, kita ikut je lah pe yang orang tua cakap. Betul tak betul, itu belakang kira. Pepatah kan ada mengatakan, orang melayu berpegang pada adat. So..???


p/s : no wonder la aku selalu bersiap paling lambat bila nak keluar. Kekonon nak bergaya la sangat.      Semua sebab atok Usop pakai ensem-ensem sangat mase tanam tembuni aku..ahahaha. Actually i'm a very simple person, sumtimes maybe...=)
     

INSYAALLAH........

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray OOO
Ya Allah Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way


P/S : dis song sing by Maher Zain.....it's such a beautiful lyric dat give us some spirit. ALLAh will always be there for u...

nonexistent..........

Rainy nite...
its just like what im feel tonight...
its wet...
its solitary...
its empty...


oH my goodness.....
half of my self have been taken away...
how could u, ili syafikah....


p/s : take dis feeling away PLZ.....

detik perpisahan

arrived from Senai Airport.....
It is such a bad day for me. Lepas nie semua akan rasa berbeza tanpa mak dan ayah. Keadaan, situasi, suara, kebiasaan dan suasana. Semuanya akan berubah. Semoga masa cepat berlalu, 6 minggu bukan lah suatu tempoh yang lama. Sabar dan tenang hadapi hari mendatang. (hayyooo ili, pejam celik pejam celik dah 6 minggu la, tak lama.....kuat la sikit!!!)
3.30am
Bangun tido, mandi dan bersiap. Mama dn Mak Long sibuk sediakan makanan untuk sarapan tetamu yang datang. Before mandi sempat gosok jubah mak sebab semalam tersalah gosok baju, tergosok baju jubah seluar dia.
4.15am
Kat hall dah ramai yang tunggu, cik Babu dan anak2, Cik Alim, Bapak, Cik Tambi, Dik Wan, Bukhari (ank kawan ayah) dan Cik Razak dengan isteri. Tarik kerusi dan duduk kat ruang sebelah ruang tamu. Mataku BENGKAK dan kelihatan sangat ketara. Lantak la...
4.30am
Cik Razak azan dan masing-masing mula bersalam dan memeluk emak dan ayah. Aku turut serta dan seperti biasa, menangis..... Haiya'alassolaaaa....kereta ayah dan mak dipandu abah terus bergerak meninggalkan kawasan rumah. oh dis mata terus menjuraikan air mata. Kami cepat-cepat dengan yang lain berkejar masuk kereta dan follow kereta MAT walaupun agak jauh tertinggal, tapi bleh la catch up masa kat Felda Air Hitam. (Sian Cik Babu....jauh die kne tinggal...)
6.o0am (or sumthing)
Tiba di Masjid Besar Senai (xsure la nama masjid tu), semua turun dan sembahyang subuh. Aku tengok semua orang kelihatan sama je, pakaian dan jumlah yang terlalu ramai memang buat kau susah nak cam mana mak dan ayah. (tapi Alhamdullah, aku terus cam mak dan ayah bila diorang turun dari tangga masjid) Sebelum ke airport, bersalam lagi sebab takut nanti xsempat jumpa kat airport. Sekali lagi dis mata menjuraikan air mata dan tak pandai berhenti. Then ayah peluk dan bisik supaya aku sabar dan jaga rumah dan adik2. Swear me that you will be home soon, ayah cakap ' Insyallah, doakan semuanya selamat, ayah dan mak'. Mak peluk dan bagitahu, 'jangan ikutkan perasaan sangat, sabar dan jaga diri baik-baik'. As usual, dis mata cannot stop de air mata dari berjuraian.
7.15 (or sumthing)
Park kereta macam parking kereta Airport Senai tu moyang kau yang punya. Then masuk dalam kawasan menunggu, cari la mak dengan ayah dengan semua2. Jumpa mereka dan hati aku melonjak gembira. Tak lama lepas tu semua ada. Ingatkan cuma 3 kereta je yang hantar, rupenyer Cik Tambi dengan yang lain-lain pn ada. (sian Cik Tambi, kereta die kene saman sb salah park) Kami spent masa yang ada tu bersama. Capture gambar kenangan sebanyak mungkin (mak pesan suruh upload dalam FB, t adik2 dia yang tak dapat menghantar tu boleh tengok, and i will mom, soon) Aku tak nak jauh dari mereka, nak selalu dekat dengan ayah dan mak. No air mata at dat tyme, tapi hati nie rasa sebak je sentiasa. Be strong la ILI!!!!
8.00am (or sumthing)
Mak dan ayah perlu ke balai berlepas. I think dis is da most of hard time i ever had, but i have to face it. Sekali lagi semua bersalaman dengan ayah dan mak sambil mendoakan yang terbaik untuk mereka. Again, dis mata berjujuran lagi, as usual dengan sangat banyak!!. Aku salam dan peluk mak seeratnya, mak pesan lagi 'jangan ikutkan perasaan kakak....' Aku salam dan peluk ayah seeratnya, ayah pesan 'jaga diri, adik-adik dan rumah....' Berkeras untuk hantar ayah dan mak ke balai pelepasan, even ramai gila orang mase tu. Sebelum ayah dan mak melangkah masuk, aku capai tangan yang ayah hulurkan dan genggam sekuat hati. STRONG ILI..BE STRONG!!!!!!
9.00am (or sumthing)
Beransur ke kereta. Sambung menagis. Tak lama lepas tu ayah call, nasib baik dengar sebab my fon was on silent mud. Ayah tanye dah gerak ke belum, sambil nangis2 aku jawab(actully xde suara aku rasa, sebab nangis).
9.15am (or sumthng)
Meninggalkan kawasan airport Senai dengan doa di hati yang tak putus-putus. Singgah brekpes kt air hitam. Again mak call dan tanya kitaorang dah dekat mana and also again aku jawab sambil nangis2 kat kedai makan tu (tp bukan la nangis kekuat) Mak bagitau, flight mereka pukul 10.00am nanti.
10.45am
Sampai kat rumah.....dan aku mula rindukan mereka sangat2....Setiap saat kakak akan mendoakan untuk mak dan ayah.

Semoga kalian mendapat haji yang mabrul. diberi keselamatan dan kesihatan, dipermudahkan segala urusan di sana dan selamat pulang ke tanah air, Malaysia. amin...amin...amin...amin

cepatnya waktu berlalu minggu ini....

Hari ni hari Selasa, esok Rabu, pastu Khamis then Jumaat dan akhirnya tiba hari Sabtu,23 oct 2010....mak dan ayah akan berangkat ke Rumah Allah menjadi antara tetamuNya yang teristimewa(mudah-mudahan...)
Bahang kesedihan dah lama aku rasakan, beberapa bulan lalu...Tapi sejak 2 minggu nie terasa makin kuat pulak, asyik nak menangis je. Manja sangat ke aku nie. Bukan tak pernah berpisah dengan mereka pun, dulu masa study kt Johor, kt Melaka, berpisah jugak. Tapi yang tu aku tahu mereka dekat dengan aku. Tapi kali ni kami dipisahkan beribu2 batu jauhnya.
Beberapa kali aku pujuk diri sendri, mereka bukan pergi bersuka ria kan, bukan sengaja meninggalkan aku dan adik2, tapi mereka mendapat jemputan Allah ke rumahNya. Aku sepatutnya berbangga sebab mereka antara jutaan yang terpilih mengerjakan Haji ke tempat suci itu.
Perpisahan tu memang betul-betul sesuatu yang menyiksakan. Aku akan rindukan semua perkara berkaitan mereka. Tak pelah, sumernya cuma untuk sementara. 6 minggu je kan. Lepas tu semua akan kembali kepada asal. Aku tak nak sedih2, mak dgn ayah kan nak doakan untuk aku dan adik2, dan doa di sana tu pasti dimakbulkan Allah.
SEMOGA MAK DAN AYAH SELAMAT SEMUANYA, DIPERMUDAHKAN DALAM SEGALA HAL DI SANA, DIBERI KESIHATAN SEPANJANG BERADA DI SANA, DIBERI KEKUATAN DAN KETABAHAN DALAM MELAKUKAN IBADAT HAJI DI SANA, SELAMAT PERGI DAN SELAMAT BALIK...AMIN AMIN AMIN...

Sahabat

Sahabat
  • sentiasa menasihati kau supaya menjadi lebih baik
  • sentiasa mengalah demi menjaga hubungan baik
  • sentiasa mencegah kau membuat kejahatan
  • sentiasa berusaha membantu ketika kau dalam kesusahan
  • sentiasa berusaha menutup aib atau malu kau
  • sentiasa menolong ketika kau memerlukan
  • sentiasa menghargai kau sebagai sahabat
  • sentiasa berusaha meringankan kesusahan ketika kau ditimpa bencana
  • sentiasa disisi ketika kau dalam susah atau senang
  • sentiasa menjaga kepentingan kau ketika kau jauh
  • menangis bersama ketika kau dalam kesedihan
  • membimbing ketika kau kesesatan
  • berani menegur kesilapan sedangkan kawan2 yang lain butakan mata



Beruntunglah kau jika ada SAHABAT disisi...dia tak kan pernah sanggup melihat kau jatuh, malah menyambut kau jika kau tersandung, memapah kau jika kau tersungkur...wujudnya mungkin 1 dalam seribu..

saya baru menggedix mengaktifkn blog

Blog ini dibuat pada akhir tahun lepas,tapi pada akhir tahun ini saya baru nk aktifkan semula. Saya kene banyak belaja lagi cammana nak membeauty kn blog ini. Sekiranya ada yang terbaca sila lah jadi followers dn komen mane yang xkene (soalannya :adakah manusia yang nak baca blog aku). Hari ini saya tiba-tiba rajin nak aktifkan blog ini (kurang kerja da sebenarnya). So lepas Zuhur tadi terus on blog dan mengedit. Lepas Maghrib baru nak buat catatan dan masuk Isyak baru siap catatan ini. SEKIAN