kalau dah namanye rezeki kita......

ASSALAMUALAIKUM


Wahh..lama sudah tak menaip entry baru....fuuhhhh3 *tiup habuk*

Alhamdulillah..Menghitung hari menyambut 1 Syawal yang bakal menjelang tak lama lagi. Oke, memang aku super excited. Eksited nak shoping, nak beraya dengan family, dengan kasen-kasen ku yang HOT dan GOOJESS, dengan Pak Man saya *awan lep-lep keluar*, nak jalan-jalan beraya, nak kumpul duit raya banyak-banyak (untung la kalau dapat), nak pakai baju raya cantik, nak nak nak nak......~~~ohohoho

annoying, melalut-lalut dan terus merepek!



OKE KEMBALI KE TAJUK ENTRY HARI NI.


Hari ni macam biasa kami sekeluarga berbuka bersama. Tengah syok-syok meratah siakap sweetsour, tibe-tibe mak cakap "Ada cerita di sebalik ikan siakap ni". Aku diam, cerita apa pulak, jangan cakap ikan siakap ni mak aku kutip kat longkang sudah, tapi mulut tetap mengunyah nih.

"Cerita ape pulak mak?" semua nak tahu pe kes la mak aku ni.

Cuti hari tu, mak dengan ayah aku pergi beli ikan kat Kg Gajah. Sikit punya jauh berjalan semata nak beli ikan, tapi ikan yang dijual pun memang fresh so berbaloi la. Stail mak aku beli ikan sekali seminggu, memang dia akan borong habis la untuk lauk seminggu.

Nak jadi cerita, sampai-sampai je kat lori jual ikan tu, orang dah ramai bersesak-sesak nak membeli ikan. Mak dengan ayah aku pun sama la, dok serbu sekali. Dari jauh mak aku da aim ikan siakap 2 ekor, memang dari rumah dia dah niat nak beli ikan siakap tu, nak masak untuk buka la kononya. Tapi sebab orang agak ramai la time tu, mak aku pun berusaha jugak la menyelit-nyelit nak amik ikan tu. Dan-dan nak amik je, dia nampak tokey ikan tu dah siap timbang pastu bungkus ikan siakap tu. Bukan seekor, tapi dua-dua ekor sekali. Putih mata mak aku menengoknya. Hampa katanya.

Dah macam tu, mak aku pun ushar la ikan-ikan lain, sotong-sotong, udang-udang yang ada. Siap-siap bayar semua, diaorang pun menuju la nak balik rumah. On the way tu mak aku pun story la kat ayah aku pasal hampanya dia tak dapat ikan siakap yang 2 ekor tu. Memang dia dah nak amik dah ikan tu, tapi dan-dan nak amik, ikan tu dah dibeli orang. Nak buat macam mana, dah bukan rezeki kita agaknya. 


~2ekor siakap en.GOOGLE~

Tiba-tiba ayah aku cakap, "lahh, ikan siakap 2 ekor tu sebenarnya ayah la yang amik, bukan orang lain. Ayah tengok mak lambat sangat, ayah terus amik cepat-cepat"

Mak diam, tergamam, terkelu lidah, tepanjat boboy dengan kenyataan ayah aku.
~~~end~~~

Tu lah namanya, kalau dah rezeki kita memang tak kemana. Macam mak aku, dia dah putih mata dah dok tengok ikan siakap tu dibeli orang lain, rupanya yang dok beli ikan siakap tu laki dia sendiri a.k.a bapak den. Siapa sangka kan.

Cakap pasal rezeki ni memang sumthing yang kadang-kadang berada di luar jangkaan kita. Boleh dikatakan yang rezeki ni macam 'jodoh' jugak. Bak kata orang dulu-dulu, dah kalau memang jodoh kau, jangan risau, memang tak kemana la, dengan dia jugak la kau kawen nanti. Itu jodoh, kalau rezeki pun lebih kurang macam tu la jugak. Dah kalau namanya rezeki kau, pusing-pusing memang kau jugak la yang dapat.



p/s : harap sangat-sangat rezeki 'itu' milik aku kelak. amin......

Perempuan....apa sebenarnya yang mereka nak???

ASSALAMUALAIKUM


Manusia tu dicipta berpasang-pasangan. Lelaki tak mampu hidup tanpa sokongan seorang wanita dan sebaliknya. Itu adalah lumrah kehidupan sebenar. Jadi anda sebagai lelaki, anda tak kan dapat lari dari kenyataan ini.

Perempuan memang seorang makhluk yang sangat-sangat pelik dan paling-paling sukar untuk difahami. Anda tak mungkin dapat membaca isi hati dan kehendak mereka dengan tepat. Tapi apa yang perlu anda tahu :

Perempuan memang tak akan menyatakan kehendaknya dengan jelas, mereka meminta anda untuk memahami apa sebenarnya yang mereka nak. Jadi lelaki perlu berusaha lebih untuk itu.

Kasih sayang dan perhatian itu sangat penting bagi mereka. Perkara tersebut yang menjadi kayu ukur kepada kebahagian dalam hubungan kalian. Jadi luangkan lebih masa bersama dan curahkan sebanyak mungkin perhatian supaya mereka tak rasa yang mereka ber'madu' dengan kerjaya anda.

Perempuan memang pelik. Jadi jangan rasa janggal bila anda sudah menghabiskan masa seharian dengan mereka, tapi mereka masih merungut yang anda kurang meluangkan masa yang berkualiti bersama. Itu memang sifat semulajadi perempuan itu sendiri.

Lebih prihatin pada tarikh-tarikh istimewa antara kalian, sifat sambil lewa lelaki sering mengundang rasa kecewa seorang perempuan. Susah ke nak mengingat tarikh-tarikh istimewa kalian. Record dalam remainder fon, semua masalah selesai kan.

Mencurahkan masa bersama lebih bermakna berbanding mencurahkan kemewahan semata-mata. Anda memenuhi semua kehendak mereka tapi bukan kemahuan sebenar mereka. Masa bersama lebih bermakna dari harta segala.

Perempuan memang kuat cemburu, jadi tak perlu la anda memuji wanita lain di depan mereka.

Peliknya perempuan, kebanyakkan mereka gemar membuat pasangan mereka cemburu. Cemburu anda itu bagi mereka satu perasaan sayang yang mebuak-buak. Pelik kan...

Please be romantic, guys.....jangan la kayu sangat oke.

Mereka bukan mencari kuantiti tapi mencari kualiti. Means kalau hang out bersama, jangan la sibuk dengan benda lain, beri tumpuan pada mereka. Ni tak, sebuk dengan telefon, answer call kawan-kawan dan borak berejam-jam. Baik la keluar dengan tunggul kalau macam tu. 


Sebahagian yang aku rasa lelaki patut amik tahu dan pandang serius. Perempuan memang pelik, tak perlu nak kaji mereka sebab korang takkan dapat jawapan untuk setiap tingkah laku mereka. Korang ikutkan je, layankan. Kalau rasa mereka macam melampau, jangan marah. Cakap dan terangkan dengan baik. Mereka mudah faham tapi juga mudah lupa. Jadi terpaksa la korang terangkan berulang kali.^_^ 



_complicated tak perempuan_




P/S : Aku? aku lagi pelik. Tak caya tanya PakMan. Sabo tak sabo la melayan perangai cam aku ni...ilebiu PakMan!!!kikiki

kenapa rasa macam LOST ni.

ASSALAMUALAIKUM..


KENAPA HARI NI RASA MACAM LOST

KENAPA HARI NI RASA MACAM SEMUA BENDA JADI TAK BETUL

KENAPA HARI NI RASA MACAM NAK NANGES NI

KENAPA HARI NI RASA MACAM MOODY JEK

KENAPA HARI NI RASA MACAM NAK RESIGN PULAK

KENAPA HARI NI AKU JADI MACAM MALAS GILA

KENAPA HARI NI MACAM TAK BOLEH SENYUM

KENAPA RASA API KEMARAHAN MEMBARA-BARA NI


Mesti semua ni berlaku sebab hari ni hari ISNIN...aku selalu tak suka hari ISNIN, so mula la macam-macam pe'el merepek aku muncul. Tapi siryes la.MONDAY SICKNESS ke hape penyakit aku ni.

Tibe-tibe semua orang aku rindu, tibe-tibe semua benda aku rasa membebankan.

FINE!!

ILI, GO AND TAKE WUDHUK...everything will be fine later...!


P/S : Aku rindu semua orang yang hampir dengan aku. Aku cume nak mereka semua sentiasa ada bersama di sisi in every second......But they all have their own life...JGN MEREPEK BOLE TAK ILI SYAFIKAH!

AYAH...KAKAK LOVE YOU SANGAT OKE!

ASSALAMUALAIKUM..


entri yang terlambat dipost


SELAMAT HARI BAPA BUAT SEMUA BAPA-BAPA DI DUNIA
TERUTAMANYA BUAT AYAHANDA TERCINTA.

EN.KAMARUDIN MOHAMAD

_haruslah kacak_


Semua orang akan puji ayah mereka la yang terbaik, ayah mereka la yang terbest, ayah mereka la segala-galanya. Lumrahlah la kan, takkan nak puji ayah orang lain pulak sedangkan ayah sendiri banyak berkorban demi kita. Dan di sini aku nak umumkan yang bahawasanya :

AYAH AKU LA YANG TERPALING BEST SEKALI!

Ahaha..tak perlu terlalu emo oke.
Hidup kita membesar bersama-sama dengan mereka. Mereka membesarkan kita, berkorban tenaga, masa, wang ringgit dan segala-galanya demi melihat kita dewasa sempurna, berpendidikan dan mencapai semua yang kita impikan. Itu sudah cukup bermakna buat mereka yang bergelar ayah. 

Ayah..
Pengorbananmu mengagumkan kami
Berkorban harta, masa dan seglanya demi melihat anakmu bahagia
Gembiramu hanya melihat tawa anak-anakmu
Jasamu tak mungkin kami 4 beradik lupai
Akan berbalas segala pengorbananmu
kerana kami akan sentiasa menyayangi kamu lebih dari mana-mana lelaki di dunia ini

macam haram sajak hari bapa haku...muahaha

SELAMAT HARI BAPA buat semua bapa-bapa di dunia, kalian adalah perkara yang terbaik yang tuhan kurniakan pada kami. Syukur Alhamdulillah.


p/s : saya sayang ayah saya lebih dari mana-mana lelaki yang saya sayangi di dunia ini, kerana dia lebih dahulu hadir mewarnai hidup saya.

Korang Tak Cukup Hebat Kalau Tak tengok lagi citer.....

Assalamualakum...



Hoooyeeee kita da tengok da KL GANGSTER..
*loser kah aku sebab baru nak review citer ni




Terbaik aku rasa citer ni, Shamsul Yusuf memang layak dapat anugerah Pengarah Terbaik. 'Air tangan' beliau memang jarang menghampakan kami si pembeli tiket wayang. Berbaloi baloi syiuutt....

Dalam banyak-banyak, Zizan ah paling best...tiap scene yang ade die, kompem korang golak sakan. Bapak lawak la budak si Zizan tu. Abang Long Dil katanya..macam gengster tapi bawak kereta wajib pakai seatbelt sebab takut kene saman.


Aaron Aziz bawak watak "Malik", dia hero la dalam citer ni. Taiko yang baru keluar penjara dan nak bertaubat. Cuci tangan terus dari dunia gengster ni tapi banyak sangat yang dengki dengan dia. Tapi Malik kuat, tang begaduh memang dasyat ahh kan..terbaik koreografi diorang.


'Shark' lakonan Shamsul Yusof, pun oke la dia bawak watak gengster yang tak ada hati perut. Dengan tatu-tatu, bahasa dia, lorat ala-ala cina aku rasa die cakap. Dia la paling-paling tak puas hati dengan Malik sebab Bapak Tiri dia (ketua gengster) backup kuat Malik. Macam-macam dia buat untuk buat Malik terseksa.


'Jai' watak adik kepada Malik, lakonan Adi Putra. Memang jahat la watak Jai ni, jenis hati batu tak takut mati punya. Semua dia balun, tak kira adik beradik ke, kawan-kawan apatah lagi. Yang penting dia dapat duit dan tak hidup susah. Tapi ade satu scene die masukkan duit dalam poket budak merempat yang tido tepi kaki lima, siap selimutkan lagi budak tu, at least dia masih ada lagi la rasa belas ehsan walaupun jahat-jahat cam haram. Dia suke cakap "memeeeiii" (memang) dengan "seeerammnyeeehh" yang pada aku macam alalalala comelnye!!


Malik & Jai


4.5 star aku bagi untuk filem ni. Bagi peminat filem aksi, memang loser la korang kalau tak tengok filem ni. Lagipun cerita ni straight to the point, tak ade nak meleweh-leweh, tekedek-kedek. Korang pun senang faham jalan ceritanya. Masa tayangan pun tak lama, lebih kurang 1 jam suku kot, memang padat dan penuh aksi. 


Pegi la tengok korang. Siryes berbaloi korang spent hanya RM10 untuk cerita sehebat ni.


p/s :  Thanks to my beloved kasen, Noi also my two sweet brother and sister. Great time together.

meninggakan zaman pra-matang..kononyer...

Assalamualaikum



Kan haritu janji nak update kan kan kan...
So hari ni tiba-tiba rajin datang lagi..
^___^


1 mei 2011

2 Peristiwa berlaku pada hari yang sama which is dua-dua memberi makna mendalam dalam hidup aku.

petama : Hepi Birthday ayah dan bapak..

Majlis sederhana berlangsung kat rumah aku, siang kami celebrate birthday ayah dan bapak (uncle aku yang berkongsi tarikh lahir dengan ayah,genap-genap setahun).


 awww..men sesuap plak kome yek..


sesi memotong kek..

dari kiri : pak lang, ayah, cik alim,cik babu, bapak & cik tambi
sumer-sumer adik-beradik ayah


Selamat Hari Lahir buat ayahanda Kamarudin Mohamad dan Saharudin Mohamad. Semoga panjang umur, dimewahkan dan dibanyakkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan bahagia hingga ke akhir hayat. AMIN....


kedua : Jeng...jeng..jenggggggg 
*gedik aku rasa nak ber'jeng jeng sangat





Huhu..tibe-tibe terblushing sendiri *mood gedik lagi

Kebanyakkan kawan-kawan dah sedia maklum tentang peristiwa ini, Terima kasih yang sudi hadir memeriahkan majlis yang serba sederhana ni. 
Syukur Alhamdullilah semua berjalan dengan lancar dan hampir sempurna. 

Siang hari kami meraikan majlis hari lahir ayahanda-ayahanda tersayang dan pada sebelah malam aku diraikan dengan Majlis pertunangan antara Ili Syafikah Dan Muhammad Luqman. Semoga hubungan ini berterusan hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya hingga ke akhir hayat. AMIN...

more picture :

with beloved family..

with all my howt kasen..ohh..damn love..

future MIL..nebes nebes..
Mak tunang aku yang lagi nebes dari aku..
aku relex jek...~~~lalala



with my dear fiance


Kesempatan ni, aku nak berTerima kasih yang tak terhingga buat sedara-mara dan makcik pakcik yang bertungkus-lumus membantu kami sekeluarga sehingga majlis berjalan dengan sempurna. Korang memang terbaik..Terima kasih sekali lagi..



p/s : ade beza ke matang dengan pra matang aku lepas betunang...gitu jugak aku rasa..

sekembalinya aku di sini......

ASSALAMUALAIKUM


CECECEHHH...Siap bagi salam tau,tak pernah-pernah sesopan begini...

Bapak lama tak bebloging..naik berpuaka dah blog nie sebab lama tak dijengah. Naseb!


Banyak cerita, banyak peristiwa, banyak kejadian yang berlaku yang tak sempat-sempat aku nak share kat sini. 
Kengkangan masa yang amat terhad membantutkan semangat aku untuk membloging,kawan-kawan.
(padahal ko memang pemalas nak hupdate!)

Mulai hari ini, saya akan sekerap mungkin mengupdate entry..silalah tepuk tangan untuk semangat baru saya yang tiba-tiba muncul.


p/s : Next entry coming soon oke...=)

Maafkanlah....

Bebelan manusia....




Bukan orang tak nak maafkan la mak, orang tak mampu...orang tak boleh lagi nak maafkan...mungkin suatu hari nanti kot...


Selagi kakk tak boleh maafkan, selagi tu masih ada ruang-ruang dalam hati itu...


Sumpah..langsung tak ada apa-apa ruang pun. Cuma orang belum mampu nak maafkan. Orang nak maafkan tapi tak ada kekuatan.


Selagi kakk tak maafkan, selagi itulah kakk masih kalah dengan dia. Kakk lemah. Mak tak suka kakk kalah. Mak tak suka anak mak kalah!!!


Semua berlaku macam dirancang. Dan orang memang tak boleh terima kesalahan dia tu. Memang tak boleh langsung...!!


Fikirkan..semua tu memang salah kakk, memang kakk yang salah. Mak tak salahkan sepenuhnya, jiwa remaja memang macam tu. Pengalaman semua ni. Allah beri ujian macamtu supaya kita matang dalam membuat pertimbangan hidup. Supaya kita bertambah matang.


Orang sentiasa bersyukur dengan semua ujianNya cuma hati jahat ni selalu tertanya-tanya kenapa la aku bodoh sangat.


Kalau tak jumpa yang lama tak mungkin akan ada yang baru. Tuhan bagi yang lebih baik, jauh lebih baik dari yang lama kan. Itu pun kakk masih tak nampak.


ummmm...


Maafkan dan biarkan semua berlalu. Nanti jiwa akan jadi lapang, hilang segala beban dalam kepala ni.
Dan mak nak dengar berita gembira tu nanti.


~~~~END~~~~


Memaafkan...Kita manusia tak layak menghukum sesama kita. Jangan biarkan bangkai terus membusukkan hati, buangkan ia ke parit @ tempat selayaknya. Ini lah sebabnya mereka ada di masa silam kita dan tidak dicipta untuk masa depan kita. Mereka cuma akan menambah kekelam kabut hidup kita...hahahaha


*Macam tak maafkan lagi je ayat ko neh..hahaha
  --- Da da da...Da maapkan da..---

Aku memang rajin pun...aku tau...lalalala

Jam malaysia : 9.45


Memalam nie tetiba terasa nak makan kek batik la pulak. Haish terliur terbayangkan slice biskut meri dalam adunan koko. NYUM..NYUM...


Bukak-bukak peti ais, sumer barang untuk buat kek batik complete. 


Bukak MyResepi dan salin resepi kek batik. 





Pakai pensil warna oren. Class koww...


basic material


Bersungguh-sungguh aku kat dapur, mak aku cam biasa ah, malas nak melayan kerenah aku yang macam-macam. Dia dah biasa dah kes-kes kek atau cookies atau tah haram jadah resepi aku yang tak menjadi, menjadi santapan plastik sampah selalu. Malas nak melayan, baiklah dia tidur.

Yang merisaukan aku, ayah...Dia sebuk la keluar masuk dapur memerhatikan apa yang aku buat. 
Kejap-kejap "banyaknya pakai butter, berlemak tau nie"
Kejap lagi " Pakai telur jugak ke, kolestrol tinggi la macamni"
Sat lagi masuk lagi " Macam gunung serbuk koko dengan milo kene guna, gemuk la"
Lagi sekali masuk " Buat apa ni kak...."

"Ayah dediam jek ahh...nie mesti terbaik punye..." 
" Oke, tapi dapur mesti kemas bila dah siap semua "
"berehh..!!"

Tung sana Tung sini....Pang sana Pang sini....Gedegag sana Gedegang sini...IM DONE BEBEH!!!

The result :


Figure memang fail...Tapi the taste akan buat kau ketagih
* oke memang hiperbola!!!


Topping dengan melted choc...aku tabur-tabur sikit adunan dengan crush almond.
Not Bad Hun...


Sebenarnya tak delah apa sangat kek batik ni, resepi pun tak mencabar langsung. Mak aku pun boleh buat sekelip mata je. Saje je lah nak menghargai diri sendiri atas kejayaan di atas. Saja lah nak motivate diri untuk lebih rajin KAN WALAUPUUNNNN....!!!


p/s : sumpah sedap...*nak sedapkan hati sendiri

Ahad yang melampau-lampau seronok.

Plan yang tertunggak berkali-kali akhirnya berjaya di tunaikan. AKHERNYA...

STEAMBOAT


STEAMBOAT


STEAMBOAT

"

""

"""

"""""

""""""


nyum....nyummmm



_incik tukang masak_
*ehemm..peyut kaber ah sket u..


Wat-wat menyabor semua. Ayam goreng dengan butter tu merecik-recik. 
'Thrill' sesungguhnya.




pastu makan aiskim pulak sebagai pensuci mulut. NGEH..NGEH


Manggo untuk saya
Durian untuk Noi
Durian jugak untuk En.BB






Sumpah tak yah lelawa sangat kot kalau makan steamboat kat sini. 
Kau keluar kedai kompem-kompem muka berminyak bergelen-gelen.
Nengok contoh di atas ah kan...
Bekilat muka masing-masing cam baru sapu tiner.


Pastu-pastu kitaorang tak terus balik rumah lepas siap mentah kedarah (sebab kenyang yang melampau).
Lepas solat Maghrib kat Petronas berhampiran, destinasi diteruskan ke Dangga Bay. 
Haruslah ke situ sebab aku memang tak pernah menikmati waktu-waktu malam kat situ.
soo..lets go bebeh!!




Dapat belon lup lup..ngeh3






Dah memalam dah..kau tayah nak melawa sangat.
ngeh..ngeh..ngeh


_google pic_

Cam haram kan..dah tau penakut, gedix jugak nak naik.
Baru berapa kali barhayun aku rasa macam nak tercampak,
 bulan kat langit macam boleh ku gapai, 
bintang-bintang seperti sampai untuk dipetik 
(hiperbola gileerr!!!).
 Last-last terpaksa En.BB suruh bangla tukang jaga boat nie stopkan 
sebab die dah cuak nengok aku menagis.
Kang kene sawan panda kang sapa yang susah.
Nasib baik pasangger nye cuma aku dengan dia, boleh la bangla tu berhentikan.
Kalau naik ramai-ramai, terkencing la kau kat situ, tak adanya dia nak stopkan.


Pastu main cawan pusing-pusing. en.BB jaga Ammar oke,sebab ibu die join kitaorang.
Pening giler. Aku cam rasa nak terjun jek dari cawan pusing-pusing tu.Bohsan....





Lepastu main Bumpercar pulek. Enjoy giler sampai kepala lalok terantok seat. Dasyat giler...
Bangla jaga bumper car tu nyebok jek join kitaorang. Pastu main stail ganas-ganas.
Dia boleh langgar haku yang kurus ni sampai nak tercampak keluar.
Oke lepastu kene marah dengan En.BB. Phadan Mhuka KHOOO!!!
Sebuk lagi nak main. Tahulah kegembiraan kami melampau-lampau sampai kau ghairah nak join sekali.
Sebok jek!!


Bertolak balik jam 10.00am exit tol Skudai. 10.25m exit tol Kluang. Laju tak laju tak driver F1 kami. Siryes aku pun terkejut tengok 25 minit perjalanan je. Unbelieveable..??? Believe IT!!




p/s : Terima kasih untuk hari Ahad itu. Saya memang seronok berkali-kali dan bukan hanya sekali...=)




YiiiPPPeeee...Nimok dapat present dari unti2 dan unkle yang howt (boleh!!)

Our sweet little boy present.
Share by unti and unkle
(for cost saving,it should be share)
(cos sharing is caring right)
ahahahaha...best tak alasan


i've got my first shoes and don't know when it CAN be use


of couse la super excited


just leave me with my own world!!


nengok kaki nimok..kiut plak dia buat camgitu..=)


unkle pakaikan oke..haaa tak muat...

ahaaa...Sebenarnya kami sekeluarga keluar bersantai-santai di mall dan tiba-tiba baru teringat yang hadiah birthday Nimok belum beli lagi. Also present Baby Abia Kishma pun tak sempat-sempat nak cari. So dah sekali berjalan-jalan kami pun cari la hadiah untuk dua beradik neh. Mak ayah pegi Disney for children untuk Baby Abia dan kami yang lain pegi Al-Ikhsan untuk present Nimok. Oke dan berpuas hati bila dapat apa yang dihajati. 
Ouhh Yep...kasut Nimok bersaiz besar sebab tak ada saiz kecil, so unti ingat present nie boleh diforwardkan ke tahun hadapan memandangkan Nimok tak muat also he can't walk yet. NGEH3...And this is call ECONOMY..

Hidup.....

“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik"  
[Surah al-Nur, ayat 26]

Itu adalah janjiNya. Lelaki penzina itu hanya akan mengahwini Wanita yang juga seorang penzina.  

Ya Allah..Kami bermohon perlindunganMu dari segala bisikan Syaitan..Teguhkan iman kami, tetapkan kekuatan kami menahan dan melawan setiap godaan ke arah kemungkaran. Sesungguhnya kepadaMu kami bermohon ehsan perlindungan. AMIN.


Manusia itu tidak sempurna, pasti kekal melakukan kesalahan. Setiap kesilapan yang dilakukan menjadi iktibar, pengalaman yang mematangkan.Semoga Allah menetapkan iman kami. Tuhan akan membantu kita bila kita mempunyai niat yang baik disamping melalui jalan yang benar dan diredhaiNya.




P/S: Dia memberi saya suatu yang sangat buruk sebelum saya memperolehi sesuatu yang sangat istimewa. Tuhan menemukan kita dengan orang yang salah dan percayalah setiap kejadian itu ada hikmah disebaliknya. Itulah rahsia HIDUP.

Hepi Besday My Sweet Huny Little Boy

ALLAH SELAMAT KAN KAMU...
ALLAH SELAMAT KAN KAMU...
ALLAH SELAMATKAN AMMAR NURAKIN...
ALLAH SELAMAT KAN KAMU...
lalalala...lalalala...lalalalaaaa

_Kesayangan kami_

OOOhhhhheeeeemmmmGGGEEEE....Nimok sudah satu tahun....gigi sudah ada banyak, mulut makin lincah, bertambah-tambah cerdik Nimok unti neh..meh la yum dia banyak-banyak..muah3!! Geyamnyer...=)

Sambutan Hari Lahir berlangsung di rumah Tok Mama. Sonok sekali, lagi-lagi semua berkumpul. Boleh runtuh wookkk rumah, dah macam kenduri kawen.


Pak aJi baca doa pembuka majlis. Semoga majlis dirahmati.

Epi besday Nimok....^,^



Riuh rendah macam titanic nak karam. Dis all my howt kasen.

Ok...tak de istilah diet malam ini.

noi, nimok dan Tok Bird

levli nimok.

To Ammar Nurrakin :

Selamat Hari Lahir...present pospon ok...tgu unti dapat bonos...hahaha

Oh terghendu plak aku...

hepi thaipusam untuk semua...
Kita kan 1 MALAYSIA!!!~~


Pagi-pagi ayah dan mak suruh siap-siap. We gonna have breakfast together. Tempat biasa, Lontong sedap. Lama dah tak p sarapan bersama kan kan. Pulak tu diorang sumer cuti.Aku je yang kene keje,eh tapi tak pe,aku suka(oh ikhlasnya ilisyafikah berkata-kata *terharu*).

Borak-borak...cerita-cerita...masuk lah bab zaman kegemilangan kami masa kecik-kecik dulu. Susah payah nak membesarkan anak-anak. Yang sulung lain ceritanya, yang tengah, yang adik, semua ada kisah yang tersendiri.
Haisshhh malu plak nak citer zaman kekanak haku yang sangat kiut itu. Oke puji diri sendiri *muka selamber*

Satu-satu cerita keluar dari mulut mak. Yelah, dia yang banyak membesarkan kami-kami semua (ayah pun sama la, tapi mak lebih sikit..ahaa..normal la kan kan..ibu is more loving gitu)

KINDERGARTE

Kakak masa kecik-kecik nak sekolah tadika, mak kene teman. Dah la masa tu mak masih dalam pantang lepas lahirkan abang (2nd brother). Dengan berstoking-stoking la mak temankan dia, duduk la kat luar kelas tu sampai tamat waktu sekolah.
-mak-

Cikgu Luqman sampai ingat lagi ayah sebat kakak sebab tak nak sekolah tadika kalau mak tak teman. Dia siap tanya, "anak kau yang mana dulu yang kene sebat sebab tak nak pegi sekolah ?" ouch!!!...
Tu yang kene badi 'Luqman' tu, Pakcik, sedara-mara nama Luqman, pulak tu berkawan dengan budak nama Luqman (hesh, ada kaitan ke yah??)
-ayah-

Hehe..aku ingat lagi masa mula-mula masuk tadika, semua nak baru dan cantik. Kasut sekolah ada lobang-lobang corak bunga, pakai stoking yang ada renda-renda segala, tu siap ada bunga kecik kat tepi stoking tu. hehe...cumil kan *kelip-kelip mata*. Beg haruslah yang cumil, isi buku tulis sebuah dengan pensel warna sekotak.
Dulu bila time nak pegi sekolah je mesti aku nangis dulu, tu yang kene sebat tu. Garang an ayah kita, tapi dia baik sangat tau. Sebab hari-hari nangis, ayah janji kalau hari ni sekolah sampai petang, tak menangis dan mak tak payah teman, ayah akan belikan basikal. Hesh semangat bhai aku masa tu. Sumpah tak nangis.
Masa tadika, waktu rehat kan diberi makan. Sampai sekarang aku tak boleh lupa jemput-jemput pisang dia. Besau giler weehhh, ada la macam satu penumbuk tangan aku. So makan seketul je dah kenyang. ^_^


PRIMARY

Kakak kalau tak dapat 4A @ 3A masa UPSR, mak hantar kakak sekolah pondok.
-mak-

Dasat kan mak aku, main ugut-ugut segala neh. Ingat Tailong ke??. Aku ingat lagi, dia siap bagi aku keratan paper yang ada maklumat tentang sekolah pondok. Kat situ la dia nak hantar aku kalau aku tak dapat baik dalam UPSR. Psiko mak aku neh. Cuak bhai aku, nak kene sekolah pondok. APEKAH ???!!

Kaki mak sampai sakit berdiri lama-lama sebab kene tunggu kakak sekolah agama. Dia tak kasi mak balik masa lepas pendaftaran.
-mak-

Muahaha..selekeh kan ilisyafikah. Dah besar-besar pun suruh mak dia teman sekolah.EEEEE tak malu...!!!
Ehem...Ehemm...Eheemmm!!
hohoho..malu ahh. Sebenarnya masa tu aku baru mendaftar sekolah agama baru. Masa tu aku masuk darjah 1 sekolah agama (darjah 2 sekolah rendah). Ramainye umat masa tu, aku pulak agak fobia kalau orang ramai-ramai neh. Tu yang aku soh mak aku teman tu. Sian mak aku sampai sakit-sakit kaki berdiri. Tapi bukan aku sorang je yang ibu bapa teman, ramai lagi. Sumer pesen-pesen aku la tu, penakut....lalalala


SECONDARY

Ohhh..zaman kegemilanganku. Zaman dimana ada sedikit tanduk tumbuh di celah helaian rambut di balik tudung. Muahaha..Tak delah, aku baik je masa sekolah dulu. Almaklumlah, satu sekolah dengan ayah terchenta, cikgu semua kenal. Cheettt!! 
Form 1, Form 2, Form 3 aku masuk kelas aliran agama. Mak masukkan aku sekolah tu sebabnya aku dapat kelas aliran agama, macam sejuk je mata memandang, telinga mendengar. Tapi sekarang dia agak menyesal, kenapa tak nak masukkan aku High School. Tak pelah mak, takdirNya begitu. Kita redha saje.

Tapi best weh sekolah dulu, lagi-lagi masuk Form 4, Form 5. Zaman kegemilangan tuh, dapat plak kawan-kawan yang masing-masing kepala best. OUCH indahnya menyorok bawah tangga...!!! Ahaha..
I RELI MISS U ALL.<3 <3


Begitulah cerita-cerita tentang aku yang diperbincangkan pada pagi yang indah ini. Nengok-nengok jam dah pukul 8.10am. Cecepat salam-salam, mak ayah pegi dulu yeh. Kakak akan berkerja besungguh-sungguh pada hari cuti yang berbahagia ini..!!!!
opppsss...breakfast neh disponser by ayah terchenta..muaahh3..lebiu ah..



p/s : saya rhendu plak zaman kanak-kanak dulu. Penuh suka dan duka. Semua tu mustahil untuk diulang kembali. Ia cuma suatu nostalgia.....