AYAH...KAKAK LOVE YOU SANGAT OKE!

ASSALAMUALAIKUM..


entri yang terlambat dipost


SELAMAT HARI BAPA BUAT SEMUA BAPA-BAPA DI DUNIA
TERUTAMANYA BUAT AYAHANDA TERCINTA.

EN.KAMARUDIN MOHAMAD

_haruslah kacak_


Semua orang akan puji ayah mereka la yang terbaik, ayah mereka la yang terbest, ayah mereka la segala-galanya. Lumrahlah la kan, takkan nak puji ayah orang lain pulak sedangkan ayah sendiri banyak berkorban demi kita. Dan di sini aku nak umumkan yang bahawasanya :

AYAH AKU LA YANG TERPALING BEST SEKALI!

Ahaha..tak perlu terlalu emo oke.
Hidup kita membesar bersama-sama dengan mereka. Mereka membesarkan kita, berkorban tenaga, masa, wang ringgit dan segala-galanya demi melihat kita dewasa sempurna, berpendidikan dan mencapai semua yang kita impikan. Itu sudah cukup bermakna buat mereka yang bergelar ayah. 

Ayah..
Pengorbananmu mengagumkan kami
Berkorban harta, masa dan seglanya demi melihat anakmu bahagia
Gembiramu hanya melihat tawa anak-anakmu
Jasamu tak mungkin kami 4 beradik lupai
Akan berbalas segala pengorbananmu
kerana kami akan sentiasa menyayangi kamu lebih dari mana-mana lelaki di dunia ini

macam haram sajak hari bapa haku...muahaha

SELAMAT HARI BAPA buat semua bapa-bapa di dunia, kalian adalah perkara yang terbaik yang tuhan kurniakan pada kami. Syukur Alhamdulillah.


p/s : saya sayang ayah saya lebih dari mana-mana lelaki yang saya sayangi di dunia ini, kerana dia lebih dahulu hadir mewarnai hidup saya.

0 comments:

Post a Comment