ini cerita scary ke ek...???( --part 3--)

Sebelum tu Terima Kaseh pada semua yang membaca..aileviu..^_^


Continue..

Waktu Malaysia 2.15 am, ganguan itu berulang lagi selang beberapa hari selepas kejadian pertama, cuma kali nie bunyi tu kedengaran agak jauh (luar pagar rumah) sambil diselang seli dengan bunyi anjing menyalak dan meng'gong gong'(bunyi anjing..korang faham kan..). Kebetulan masa tu aku dan sisterku belum tido lagi, so memang berangkut la kami tido kat luar. Lepas subuh baru pindah dalam bilik semula.

Banyak spekulasi dibuat oleh kami seisi keluarga, Abah dan Abang membuat keputusan yang itu adalah bunyi musang atau kucing muntah. en.BB membuat keputusan yang itu adalah bunyi kucing batuk (tak lawak oke syg..). Lia membuat keputusan yang itu adalah bunyi seorang perempuan yang dah mati dibunuh dan mintak aku dan sisterku tolong temukan mayat dia (oke..yang ni lawak!!). Mama tak buat apa-apa, cuma sabar dan menunggu keputusan sebenar. Aku dan sisterku adalah mangsa dan kami tak kan membuat apa-apa komen (ccceeetttttt!!!).

Selang beberapa hari selepas kejadian kedua, aku parking kereta selepas keluar. Parking kereta rumah aku betul-betul depan bilik tidur tempat aku dan sisterku tidur. Masa tulah aku perasan sesuatu kat dinding bawah tingkap bilik. Ada banyak bekas tapak kaki kecil kat situ. Cuma ada 3 jari yang runcing-runcing dan pendek. Bekas tapak kaki tu seperti memanjat ke dinding dan ada satu tapak kaki seolah tergelincir dekat besi gerigi tingkap, tingkap yang sama yang sisterku dengar suara 'ngeri' itu. Kemudian aku pergi ke tingkap di mana tempat aku dengar pulak suara 'ngeri' itu (aku dan sisterku dengar suara 'ngeri' itu di dua lokasi tingkap yang berbeza). Memang mengejutkan, kat dinding tu pun ada tapak kaki runcing tu cuma tak sebanyak yang ada kat dinding yang lagi satu. So masuk rumah dan menghebohkan apa yang aku nampak dan jumpa..ahahaha (kenapa ko ketawa??!!)

Andaian dibuat oleh Abah dan Abang telah diguna pakai. Kemungkinan memang betul bunyi terhasil oleh musang yang menggedix. Abah cakap musang takut dengan anjing, so bunyi anjing yang menyalak dan meng 'gong gong' adalah kerana anjing tu ternampak musang. Andaian yang dibuat en.BB terus aku bekukan, kucing tak ada kaki yang runcing oke, huny. Tapi itu cuma andaian sahaja, kami pun tak sure binatang apakah itu, atau mungkin bukan binatang, atau ya memang ia seekor binatang (malam ni aku tido bilik tu lagi,so positif oke!!). Ya,ia memang seekor binatang!!... 

Kasen aku, dia 'tengok-tengokkan' rumah aku masa Hari Raya Haji hari tu. Katanya rumah aku 'bersih' dan tak ada apa-apa pun. Cuma kawasan tepi kelapa sawit sebelah rumah tu kawasan 'dia'. Rumah aku mungkin tempat 'dia' lalu lalang. So mungkin dia singgah-singgah saja nak mengusik anak dara rumah nie (Fuzah, kenapa kau buat lawak jenis hareemm macam tu??!!!). 
So semua kembali normal kini (Mudah mudahan).




p/s : dulu aku selalu terjaga malam-malam dan terdengar macam suara orang menangis. Bila aku tanya mak, dia kata tu bunyi musang kenyang. Musang kenyang memang bunyi macam tu ke ek..??? So aku pegang cakap mak tu. Sekarang kalau dengar bunyi macam suara menangis, aku dah tak kejutkan mak lagi. Aku cuma ambik bantal dan selimut dan terus pindah tido kat bilik mak...muahahaha...

ini cerita scary ke ek...???( --part 2--)

continue...

versi sisterku :
Dia on9 or berchating or watever yang dia buat kat bilik belakang sampai lewat malam (mama cakap dia dengar nana berborak malam tu kat bilik,dah suara kuat..u disturbe orang nak tido oke!!)
So bila dah agak lewat malam, dia turn off laptop dan baru nak solat isyak. Sepanjang solat tu, tak ada pulak bunyi-bunyi pelik yang didengari. So biasa je lah, dan dia ke meja solek untuk touch up sikit sebelum tido (ahaa bukn touch up cuma pakai krim muka kot). 
Kebetulan meja solek tu betul-betul terletak diantara dua tingkap bilik. Tengah sapu-sapu krim muka dan belek-belek mana yang patut, dia terdengar satu bunyi.

HHHEEEEEHHHHH!!!
 ~~Rilek je sebab mungkin bunyi angin (she try to be positv)

HHHEEEEEHHHHHH!!!!  
 ~~One more, dan kali ni semua aktiviti dia terhenti (oke...cuba lebih fokus)

HHHEEEEEHHHHH!!!!  HEEEEHHHHH!!!!  HEEEEEHHHHHH!!!!
 ~~Langkah seribu maaaa....

Lepas lari keluar bilik, dia baru teringat aku yang nyenyak tidur kat bilik. So tutup telinga dan masuk bilik untuk kejut aku dengan penuh emosi ketakutannya. Siyesli, kalau dia tak kejut aku mungkin aku mendapat tido yang sempurna malam tu, sumpah tak sedar langsung bunyi 'ngeri' tu.


to be continue....
>>>jawapan untuk semua ganguan misteri itu<<<


p/s : oke...jangan main-mainkan orang yang dah meninggal...tulah akibatnya!!!!

ini cerita scary ke ek...???

terasa lama dah tak memblogi..ahaa..gedix(99x) 
Cerita adalah berdasarkan tajuk di atas..
kejadian berlaku pada hari Rabu,10 nov 2010 jam 2.30am.
lokasi kejadian adalah di bilik tidur parent aku di mana aku dan sisterku tidur.

stori versi ilisyafikah:
Malam tu seperti biasa aku tidur sambil bergayut mean bertelifon la (bukan bergayut di katil oke). Menjadi kebiasaan aku bertelipon sampai tertidur. Sisterku pulak berchating dengan besfren or maybe boifren or it could be our kasen sampai lewat malam di bilik belakang.
Bebual punya berbual aku pun terlelap dan aku rasa en.B telah memutuskan talian (bengang agaknya sebab cakap sorang-sorang or maybe dia pun sama tertidur). Aku tak pasti pukul berapa masa tu tp mungkin dalam pukul 12 somethng kot.
Tiba-tiba aku dikejutkan oleh silauan lampu yang dipasang berserta sisterku dengan keadaan tergopoh gapah mengejutkan aku sambil tanganya menutup dua2 telinga. 'Asal pulak budak ni' bisik aku sendiri (aiceehhh bisik2 plak,dah macam buat karangan la pulak.OKE BACK TO SIRYES MOOD!!)
"KAK,KAU DENGAR TAK??"
"DENGAR APANYE KAU NIE...??" (masih dalam keadaan mamai)
"DENGAR BETUL2...KAU BUKAK LA HANDSFREE  KAU TU!!!"
"DENGAR APA KAU NIE..!!??" (aku cabut handsfree dan cuba fokus)

HHHEEEEEEHHHHH!!!

tanpa banyak cakap aku terus melompat dari katil!!!!
jam : 3am waktu malaysia

p/s : bersambung versi stori sisterku....sebenornye aku dah rasa seram...lalalala

ummm...oke..its fine

oke..i'll be fine..
Mak kan selalu pesan;-
'Whatever it is,u have to face it someday'
'Belajar menerima kekurangan orang lain'
'Kita takkan hidup dengan orang yang sama je sentiasa kan'
'Belajar hidup dalam menghadapi kesukaran'
'Kebaikkan @ kerja yang kita buat bukan untuk kita tunjuk,biar semua orang nampak "betapa rajin dan baiknya kau", ia lebih afdal kalau Si Pemberi Pahala yang jelas nampak keikhlasan hati kau'
'Tak perlu cemburu pada orang lain, dia turut ada kekurangan malah  kekurangannya itu adalah kelebihan yang kita ada'


sabar itu paling perlu..
life is not like we always expecting, its not just fine always, its not always full with smile...
it is full of hurt, full of tears, most advnture then u think of...

p/s : i miss a lot of my mum and dad...how fibrous  my life is without them...

oke...tak mengapa...

Oke...
Kita tak boleh nak paksa orang
untuk suka pada kita.
Sebab kita jugak kadang-kadang
tak nak berusaha buat orang
lain rasa selesa dengan kita.
So watchout dear....
Nobody is perfect,
u too...

Rumah ada cermin kan...???
Cermin peribadi sendiri before
u judge sumbady...

p/s : remind to myself too...chill ilisyafikah...