ini cerita scary ke ek...???( --part 3--)

Sebelum tu Terima Kaseh pada semua yang membaca..aileviu..^_^


Continue..

Waktu Malaysia 2.15 am, ganguan itu berulang lagi selang beberapa hari selepas kejadian pertama, cuma kali nie bunyi tu kedengaran agak jauh (luar pagar rumah) sambil diselang seli dengan bunyi anjing menyalak dan meng'gong gong'(bunyi anjing..korang faham kan..). Kebetulan masa tu aku dan sisterku belum tido lagi, so memang berangkut la kami tido kat luar. Lepas subuh baru pindah dalam bilik semula.

Banyak spekulasi dibuat oleh kami seisi keluarga, Abah dan Abang membuat keputusan yang itu adalah bunyi musang atau kucing muntah. en.BB membuat keputusan yang itu adalah bunyi kucing batuk (tak lawak oke syg..). Lia membuat keputusan yang itu adalah bunyi seorang perempuan yang dah mati dibunuh dan mintak aku dan sisterku tolong temukan mayat dia (oke..yang ni lawak!!). Mama tak buat apa-apa, cuma sabar dan menunggu keputusan sebenar. Aku dan sisterku adalah mangsa dan kami tak kan membuat apa-apa komen (ccceeetttttt!!!).

Selang beberapa hari selepas kejadian kedua, aku parking kereta selepas keluar. Parking kereta rumah aku betul-betul depan bilik tidur tempat aku dan sisterku tidur. Masa tulah aku perasan sesuatu kat dinding bawah tingkap bilik. Ada banyak bekas tapak kaki kecil kat situ. Cuma ada 3 jari yang runcing-runcing dan pendek. Bekas tapak kaki tu seperti memanjat ke dinding dan ada satu tapak kaki seolah tergelincir dekat besi gerigi tingkap, tingkap yang sama yang sisterku dengar suara 'ngeri' itu. Kemudian aku pergi ke tingkap di mana tempat aku dengar pulak suara 'ngeri' itu (aku dan sisterku dengar suara 'ngeri' itu di dua lokasi tingkap yang berbeza). Memang mengejutkan, kat dinding tu pun ada tapak kaki runcing tu cuma tak sebanyak yang ada kat dinding yang lagi satu. So masuk rumah dan menghebohkan apa yang aku nampak dan jumpa..ahahaha (kenapa ko ketawa??!!)

Andaian dibuat oleh Abah dan Abang telah diguna pakai. Kemungkinan memang betul bunyi terhasil oleh musang yang menggedix. Abah cakap musang takut dengan anjing, so bunyi anjing yang menyalak dan meng 'gong gong' adalah kerana anjing tu ternampak musang. Andaian yang dibuat en.BB terus aku bekukan, kucing tak ada kaki yang runcing oke, huny. Tapi itu cuma andaian sahaja, kami pun tak sure binatang apakah itu, atau mungkin bukan binatang, atau ya memang ia seekor binatang (malam ni aku tido bilik tu lagi,so positif oke!!). Ya,ia memang seekor binatang!!... 

Kasen aku, dia 'tengok-tengokkan' rumah aku masa Hari Raya Haji hari tu. Katanya rumah aku 'bersih' dan tak ada apa-apa pun. Cuma kawasan tepi kelapa sawit sebelah rumah tu kawasan 'dia'. Rumah aku mungkin tempat 'dia' lalu lalang. So mungkin dia singgah-singgah saja nak mengusik anak dara rumah nie (Fuzah, kenapa kau buat lawak jenis hareemm macam tu??!!!). 
So semua kembali normal kini (Mudah mudahan).




p/s : dulu aku selalu terjaga malam-malam dan terdengar macam suara orang menangis. Bila aku tanya mak, dia kata tu bunyi musang kenyang. Musang kenyang memang bunyi macam tu ke ek..??? So aku pegang cakap mak tu. Sekarang kalau dengar bunyi macam suara menangis, aku dah tak kejutkan mak lagi. Aku cuma ambik bantal dan selimut dan terus pindah tido kat bilik mak...muahahaha...

0 comments:

Post a Comment