Perempuan....apa sebenarnya yang mereka nak???

ASSALAMUALAIKUM


Manusia tu dicipta berpasang-pasangan. Lelaki tak mampu hidup tanpa sokongan seorang wanita dan sebaliknya. Itu adalah lumrah kehidupan sebenar. Jadi anda sebagai lelaki, anda tak kan dapat lari dari kenyataan ini.

Perempuan memang seorang makhluk yang sangat-sangat pelik dan paling-paling sukar untuk difahami. Anda tak mungkin dapat membaca isi hati dan kehendak mereka dengan tepat. Tapi apa yang perlu anda tahu :

Perempuan memang tak akan menyatakan kehendaknya dengan jelas, mereka meminta anda untuk memahami apa sebenarnya yang mereka nak. Jadi lelaki perlu berusaha lebih untuk itu.

Kasih sayang dan perhatian itu sangat penting bagi mereka. Perkara tersebut yang menjadi kayu ukur kepada kebahagian dalam hubungan kalian. Jadi luangkan lebih masa bersama dan curahkan sebanyak mungkin perhatian supaya mereka tak rasa yang mereka ber'madu' dengan kerjaya anda.

Perempuan memang pelik. Jadi jangan rasa janggal bila anda sudah menghabiskan masa seharian dengan mereka, tapi mereka masih merungut yang anda kurang meluangkan masa yang berkualiti bersama. Itu memang sifat semulajadi perempuan itu sendiri.

Lebih prihatin pada tarikh-tarikh istimewa antara kalian, sifat sambil lewa lelaki sering mengundang rasa kecewa seorang perempuan. Susah ke nak mengingat tarikh-tarikh istimewa kalian. Record dalam remainder fon, semua masalah selesai kan.

Mencurahkan masa bersama lebih bermakna berbanding mencurahkan kemewahan semata-mata. Anda memenuhi semua kehendak mereka tapi bukan kemahuan sebenar mereka. Masa bersama lebih bermakna dari harta segala.

Perempuan memang kuat cemburu, jadi tak perlu la anda memuji wanita lain di depan mereka.

Peliknya perempuan, kebanyakkan mereka gemar membuat pasangan mereka cemburu. Cemburu anda itu bagi mereka satu perasaan sayang yang mebuak-buak. Pelik kan...

Please be romantic, guys.....jangan la kayu sangat oke.

Mereka bukan mencari kuantiti tapi mencari kualiti. Means kalau hang out bersama, jangan la sibuk dengan benda lain, beri tumpuan pada mereka. Ni tak, sebuk dengan telefon, answer call kawan-kawan dan borak berejam-jam. Baik la keluar dengan tunggul kalau macam tu. 


Sebahagian yang aku rasa lelaki patut amik tahu dan pandang serius. Perempuan memang pelik, tak perlu nak kaji mereka sebab korang takkan dapat jawapan untuk setiap tingkah laku mereka. Korang ikutkan je, layankan. Kalau rasa mereka macam melampau, jangan marah. Cakap dan terangkan dengan baik. Mereka mudah faham tapi juga mudah lupa. Jadi terpaksa la korang terangkan berulang kali.^_^ 



_complicated tak perempuan_




P/S : Aku? aku lagi pelik. Tak caya tanya PakMan. Sabo tak sabo la melayan perangai cam aku ni...ilebiu PakMan!!!kikiki

kenapa rasa macam LOST ni.

ASSALAMUALAIKUM..


KENAPA HARI NI RASA MACAM LOST

KENAPA HARI NI RASA MACAM SEMUA BENDA JADI TAK BETUL

KENAPA HARI NI RASA MACAM NAK NANGES NI

KENAPA HARI NI RASA MACAM MOODY JEK

KENAPA HARI NI RASA MACAM NAK RESIGN PULAK

KENAPA HARI NI AKU JADI MACAM MALAS GILA

KENAPA HARI NI MACAM TAK BOLEH SENYUM

KENAPA RASA API KEMARAHAN MEMBARA-BARA NI


Mesti semua ni berlaku sebab hari ni hari ISNIN...aku selalu tak suka hari ISNIN, so mula la macam-macam pe'el merepek aku muncul. Tapi siryes la.MONDAY SICKNESS ke hape penyakit aku ni.

Tibe-tibe semua orang aku rindu, tibe-tibe semua benda aku rasa membebankan.

FINE!!

ILI, GO AND TAKE WUDHUK...everything will be fine later...!


P/S : Aku rindu semua orang yang hampir dengan aku. Aku cume nak mereka semua sentiasa ada bersama di sisi in every second......But they all have their own life...JGN MEREPEK BOLE TAK ILI SYAFIKAH!

AYAH...KAKAK LOVE YOU SANGAT OKE!

ASSALAMUALAIKUM..


entri yang terlambat dipost


SELAMAT HARI BAPA BUAT SEMUA BAPA-BAPA DI DUNIA
TERUTAMANYA BUAT AYAHANDA TERCINTA.

EN.KAMARUDIN MOHAMAD

_haruslah kacak_


Semua orang akan puji ayah mereka la yang terbaik, ayah mereka la yang terbest, ayah mereka la segala-galanya. Lumrahlah la kan, takkan nak puji ayah orang lain pulak sedangkan ayah sendiri banyak berkorban demi kita. Dan di sini aku nak umumkan yang bahawasanya :

AYAH AKU LA YANG TERPALING BEST SEKALI!

Ahaha..tak perlu terlalu emo oke.
Hidup kita membesar bersama-sama dengan mereka. Mereka membesarkan kita, berkorban tenaga, masa, wang ringgit dan segala-galanya demi melihat kita dewasa sempurna, berpendidikan dan mencapai semua yang kita impikan. Itu sudah cukup bermakna buat mereka yang bergelar ayah. 

Ayah..
Pengorbananmu mengagumkan kami
Berkorban harta, masa dan seglanya demi melihat anakmu bahagia
Gembiramu hanya melihat tawa anak-anakmu
Jasamu tak mungkin kami 4 beradik lupai
Akan berbalas segala pengorbananmu
kerana kami akan sentiasa menyayangi kamu lebih dari mana-mana lelaki di dunia ini

macam haram sajak hari bapa haku...muahaha

SELAMAT HARI BAPA buat semua bapa-bapa di dunia, kalian adalah perkara yang terbaik yang tuhan kurniakan pada kami. Syukur Alhamdulillah.


p/s : saya sayang ayah saya lebih dari mana-mana lelaki yang saya sayangi di dunia ini, kerana dia lebih dahulu hadir mewarnai hidup saya.

Korang Tak Cukup Hebat Kalau Tak tengok lagi citer.....

Assalamualakum...



Hoooyeeee kita da tengok da KL GANGSTER..
*loser kah aku sebab baru nak review citer ni




Terbaik aku rasa citer ni, Shamsul Yusuf memang layak dapat anugerah Pengarah Terbaik. 'Air tangan' beliau memang jarang menghampakan kami si pembeli tiket wayang. Berbaloi baloi syiuutt....

Dalam banyak-banyak, Zizan ah paling best...tiap scene yang ade die, kompem korang golak sakan. Bapak lawak la budak si Zizan tu. Abang Long Dil katanya..macam gengster tapi bawak kereta wajib pakai seatbelt sebab takut kene saman.


Aaron Aziz bawak watak "Malik", dia hero la dalam citer ni. Taiko yang baru keluar penjara dan nak bertaubat. Cuci tangan terus dari dunia gengster ni tapi banyak sangat yang dengki dengan dia. Tapi Malik kuat, tang begaduh memang dasyat ahh kan..terbaik koreografi diorang.


'Shark' lakonan Shamsul Yusof, pun oke la dia bawak watak gengster yang tak ada hati perut. Dengan tatu-tatu, bahasa dia, lorat ala-ala cina aku rasa die cakap. Dia la paling-paling tak puas hati dengan Malik sebab Bapak Tiri dia (ketua gengster) backup kuat Malik. Macam-macam dia buat untuk buat Malik terseksa.


'Jai' watak adik kepada Malik, lakonan Adi Putra. Memang jahat la watak Jai ni, jenis hati batu tak takut mati punya. Semua dia balun, tak kira adik beradik ke, kawan-kawan apatah lagi. Yang penting dia dapat duit dan tak hidup susah. Tapi ade satu scene die masukkan duit dalam poket budak merempat yang tido tepi kaki lima, siap selimutkan lagi budak tu, at least dia masih ada lagi la rasa belas ehsan walaupun jahat-jahat cam haram. Dia suke cakap "memeeeiii" (memang) dengan "seeerammnyeeehh" yang pada aku macam alalalala comelnye!!


Malik & Jai


4.5 star aku bagi untuk filem ni. Bagi peminat filem aksi, memang loser la korang kalau tak tengok filem ni. Lagipun cerita ni straight to the point, tak ade nak meleweh-leweh, tekedek-kedek. Korang pun senang faham jalan ceritanya. Masa tayangan pun tak lama, lebih kurang 1 jam suku kot, memang padat dan penuh aksi. 


Pegi la tengok korang. Siryes berbaloi korang spent hanya RM10 untuk cerita sehebat ni.


p/s :  Thanks to my beloved kasen, Noi also my two sweet brother and sister. Great time together.

meninggakan zaman pra-matang..kononyer...

Assalamualaikum



Kan haritu janji nak update kan kan kan...
So hari ni tiba-tiba rajin datang lagi..
^___^


1 mei 2011

2 Peristiwa berlaku pada hari yang sama which is dua-dua memberi makna mendalam dalam hidup aku.

petama : Hepi Birthday ayah dan bapak..

Majlis sederhana berlangsung kat rumah aku, siang kami celebrate birthday ayah dan bapak (uncle aku yang berkongsi tarikh lahir dengan ayah,genap-genap setahun).


 awww..men sesuap plak kome yek..


sesi memotong kek..

dari kiri : pak lang, ayah, cik alim,cik babu, bapak & cik tambi
sumer-sumer adik-beradik ayah


Selamat Hari Lahir buat ayahanda Kamarudin Mohamad dan Saharudin Mohamad. Semoga panjang umur, dimewahkan dan dibanyakkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan bahagia hingga ke akhir hayat. AMIN....


kedua : Jeng...jeng..jenggggggg 
*gedik aku rasa nak ber'jeng jeng sangat





Huhu..tibe-tibe terblushing sendiri *mood gedik lagi

Kebanyakkan kawan-kawan dah sedia maklum tentang peristiwa ini, Terima kasih yang sudi hadir memeriahkan majlis yang serba sederhana ni. 
Syukur Alhamdullilah semua berjalan dengan lancar dan hampir sempurna. 

Siang hari kami meraikan majlis hari lahir ayahanda-ayahanda tersayang dan pada sebelah malam aku diraikan dengan Majlis pertunangan antara Ili Syafikah Dan Muhammad Luqman. Semoga hubungan ini berterusan hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya hingga ke akhir hayat. AMIN...

more picture :

with beloved family..

with all my howt kasen..ohh..damn love..

future MIL..nebes nebes..
Mak tunang aku yang lagi nebes dari aku..
aku relex jek...~~~lalala



with my dear fiance


Kesempatan ni, aku nak berTerima kasih yang tak terhingga buat sedara-mara dan makcik pakcik yang bertungkus-lumus membantu kami sekeluarga sehingga majlis berjalan dengan sempurna. Korang memang terbaik..Terima kasih sekali lagi..



p/s : ade beza ke matang dengan pra matang aku lepas betunang...gitu jugak aku rasa..

sekembalinya aku di sini......

ASSALAMUALAIKUM


CECECEHHH...Siap bagi salam tau,tak pernah-pernah sesopan begini...

Bapak lama tak bebloging..naik berpuaka dah blog nie sebab lama tak dijengah. Naseb!


Banyak cerita, banyak peristiwa, banyak kejadian yang berlaku yang tak sempat-sempat aku nak share kat sini. 
Kengkangan masa yang amat terhad membantutkan semangat aku untuk membloging,kawan-kawan.
(padahal ko memang pemalas nak hupdate!)

Mulai hari ini, saya akan sekerap mungkin mengupdate entry..silalah tepuk tangan untuk semangat baru saya yang tiba-tiba muncul.


p/s : Next entry coming soon oke...=)