Perempuan....apa sebenarnya yang mereka nak???

ASSALAMUALAIKUM


Manusia tu dicipta berpasang-pasangan. Lelaki tak mampu hidup tanpa sokongan seorang wanita dan sebaliknya. Itu adalah lumrah kehidupan sebenar. Jadi anda sebagai lelaki, anda tak kan dapat lari dari kenyataan ini.

Perempuan memang seorang makhluk yang sangat-sangat pelik dan paling-paling sukar untuk difahami. Anda tak mungkin dapat membaca isi hati dan kehendak mereka dengan tepat. Tapi apa yang perlu anda tahu :

Perempuan memang tak akan menyatakan kehendaknya dengan jelas, mereka meminta anda untuk memahami apa sebenarnya yang mereka nak. Jadi lelaki perlu berusaha lebih untuk itu.

Kasih sayang dan perhatian itu sangat penting bagi mereka. Perkara tersebut yang menjadi kayu ukur kepada kebahagian dalam hubungan kalian. Jadi luangkan lebih masa bersama dan curahkan sebanyak mungkin perhatian supaya mereka tak rasa yang mereka ber'madu' dengan kerjaya anda.

Perempuan memang pelik. Jadi jangan rasa janggal bila anda sudah menghabiskan masa seharian dengan mereka, tapi mereka masih merungut yang anda kurang meluangkan masa yang berkualiti bersama. Itu memang sifat semulajadi perempuan itu sendiri.

Lebih prihatin pada tarikh-tarikh istimewa antara kalian, sifat sambil lewa lelaki sering mengundang rasa kecewa seorang perempuan. Susah ke nak mengingat tarikh-tarikh istimewa kalian. Record dalam remainder fon, semua masalah selesai kan.

Mencurahkan masa bersama lebih bermakna berbanding mencurahkan kemewahan semata-mata. Anda memenuhi semua kehendak mereka tapi bukan kemahuan sebenar mereka. Masa bersama lebih bermakna dari harta segala.

Perempuan memang kuat cemburu, jadi tak perlu la anda memuji wanita lain di depan mereka.

Peliknya perempuan, kebanyakkan mereka gemar membuat pasangan mereka cemburu. Cemburu anda itu bagi mereka satu perasaan sayang yang mebuak-buak. Pelik kan...

Please be romantic, guys.....jangan la kayu sangat oke.

Mereka bukan mencari kuantiti tapi mencari kualiti. Means kalau hang out bersama, jangan la sibuk dengan benda lain, beri tumpuan pada mereka. Ni tak, sebuk dengan telefon, answer call kawan-kawan dan borak berejam-jam. Baik la keluar dengan tunggul kalau macam tu. 


Sebahagian yang aku rasa lelaki patut amik tahu dan pandang serius. Perempuan memang pelik, tak perlu nak kaji mereka sebab korang takkan dapat jawapan untuk setiap tingkah laku mereka. Korang ikutkan je, layankan. Kalau rasa mereka macam melampau, jangan marah. Cakap dan terangkan dengan baik. Mereka mudah faham tapi juga mudah lupa. Jadi terpaksa la korang terangkan berulang kali.^_^ 



_complicated tak perempuan_




P/S : Aku? aku lagi pelik. Tak caya tanya PakMan. Sabo tak sabo la melayan perangai cam aku ni...ilebiu PakMan!!!kikiki

2 comments:

RIMA DANIA said...

hehehe...ok lah tu dpt pak man yg penyabor.. kan kan...

p/s: terbaca entri ili makan lontong..nyum2.. sedappnye..huhu

ilisyafikah said...

hihi..alhmdllh..mudah2an penyabo smpai ke tua yek..

siryes sedp lontong tu, lemak betul rasa..*saje buat fiya lg teliur*

Post a Comment