kalau dah namanye rezeki kita......

ASSALAMUALAIKUM


Wahh..lama sudah tak menaip entry baru....fuuhhhh3 *tiup habuk*

Alhamdulillah..Menghitung hari menyambut 1 Syawal yang bakal menjelang tak lama lagi. Oke, memang aku super excited. Eksited nak shoping, nak beraya dengan family, dengan kasen-kasen ku yang HOT dan GOOJESS, dengan Pak Man saya *awan lep-lep keluar*, nak jalan-jalan beraya, nak kumpul duit raya banyak-banyak (untung la kalau dapat), nak pakai baju raya cantik, nak nak nak nak......~~~ohohoho

annoying, melalut-lalut dan terus merepek!



OKE KEMBALI KE TAJUK ENTRY HARI NI.


Hari ni macam biasa kami sekeluarga berbuka bersama. Tengah syok-syok meratah siakap sweetsour, tibe-tibe mak cakap "Ada cerita di sebalik ikan siakap ni". Aku diam, cerita apa pulak, jangan cakap ikan siakap ni mak aku kutip kat longkang sudah, tapi mulut tetap mengunyah nih.

"Cerita ape pulak mak?" semua nak tahu pe kes la mak aku ni.

Cuti hari tu, mak dengan ayah aku pergi beli ikan kat Kg Gajah. Sikit punya jauh berjalan semata nak beli ikan, tapi ikan yang dijual pun memang fresh so berbaloi la. Stail mak aku beli ikan sekali seminggu, memang dia akan borong habis la untuk lauk seminggu.

Nak jadi cerita, sampai-sampai je kat lori jual ikan tu, orang dah ramai bersesak-sesak nak membeli ikan. Mak dengan ayah aku pun sama la, dok serbu sekali. Dari jauh mak aku da aim ikan siakap 2 ekor, memang dari rumah dia dah niat nak beli ikan siakap tu, nak masak untuk buka la kononya. Tapi sebab orang agak ramai la time tu, mak aku pun berusaha jugak la menyelit-nyelit nak amik ikan tu. Dan-dan nak amik je, dia nampak tokey ikan tu dah siap timbang pastu bungkus ikan siakap tu. Bukan seekor, tapi dua-dua ekor sekali. Putih mata mak aku menengoknya. Hampa katanya.

Dah macam tu, mak aku pun ushar la ikan-ikan lain, sotong-sotong, udang-udang yang ada. Siap-siap bayar semua, diaorang pun menuju la nak balik rumah. On the way tu mak aku pun story la kat ayah aku pasal hampanya dia tak dapat ikan siakap yang 2 ekor tu. Memang dia dah nak amik dah ikan tu, tapi dan-dan nak amik, ikan tu dah dibeli orang. Nak buat macam mana, dah bukan rezeki kita agaknya. 


~2ekor siakap en.GOOGLE~

Tiba-tiba ayah aku cakap, "lahh, ikan siakap 2 ekor tu sebenarnya ayah la yang amik, bukan orang lain. Ayah tengok mak lambat sangat, ayah terus amik cepat-cepat"

Mak diam, tergamam, terkelu lidah, tepanjat boboy dengan kenyataan ayah aku.
~~~end~~~

Tu lah namanya, kalau dah rezeki kita memang tak kemana. Macam mak aku, dia dah putih mata dah dok tengok ikan siakap tu dibeli orang lain, rupanya yang dok beli ikan siakap tu laki dia sendiri a.k.a bapak den. Siapa sangka kan.

Cakap pasal rezeki ni memang sumthing yang kadang-kadang berada di luar jangkaan kita. Boleh dikatakan yang rezeki ni macam 'jodoh' jugak. Bak kata orang dulu-dulu, dah kalau memang jodoh kau, jangan risau, memang tak kemana la, dengan dia jugak la kau kawen nanti. Itu jodoh, kalau rezeki pun lebih kurang macam tu la jugak. Dah kalau namanya rezeki kau, pusing-pusing memang kau jugak la yang dapat.



p/s : harap sangat-sangat rezeki 'itu' milik aku kelak. amin......

Perempuan....apa sebenarnya yang mereka nak???

ASSALAMUALAIKUM


Manusia tu dicipta berpasang-pasangan. Lelaki tak mampu hidup tanpa sokongan seorang wanita dan sebaliknya. Itu adalah lumrah kehidupan sebenar. Jadi anda sebagai lelaki, anda tak kan dapat lari dari kenyataan ini.

Perempuan memang seorang makhluk yang sangat-sangat pelik dan paling-paling sukar untuk difahami. Anda tak mungkin dapat membaca isi hati dan kehendak mereka dengan tepat. Tapi apa yang perlu anda tahu :

Perempuan memang tak akan menyatakan kehendaknya dengan jelas, mereka meminta anda untuk memahami apa sebenarnya yang mereka nak. Jadi lelaki perlu berusaha lebih untuk itu.

Kasih sayang dan perhatian itu sangat penting bagi mereka. Perkara tersebut yang menjadi kayu ukur kepada kebahagian dalam hubungan kalian. Jadi luangkan lebih masa bersama dan curahkan sebanyak mungkin perhatian supaya mereka tak rasa yang mereka ber'madu' dengan kerjaya anda.

Perempuan memang pelik. Jadi jangan rasa janggal bila anda sudah menghabiskan masa seharian dengan mereka, tapi mereka masih merungut yang anda kurang meluangkan masa yang berkualiti bersama. Itu memang sifat semulajadi perempuan itu sendiri.

Lebih prihatin pada tarikh-tarikh istimewa antara kalian, sifat sambil lewa lelaki sering mengundang rasa kecewa seorang perempuan. Susah ke nak mengingat tarikh-tarikh istimewa kalian. Record dalam remainder fon, semua masalah selesai kan.

Mencurahkan masa bersama lebih bermakna berbanding mencurahkan kemewahan semata-mata. Anda memenuhi semua kehendak mereka tapi bukan kemahuan sebenar mereka. Masa bersama lebih bermakna dari harta segala.

Perempuan memang kuat cemburu, jadi tak perlu la anda memuji wanita lain di depan mereka.

Peliknya perempuan, kebanyakkan mereka gemar membuat pasangan mereka cemburu. Cemburu anda itu bagi mereka satu perasaan sayang yang mebuak-buak. Pelik kan...

Please be romantic, guys.....jangan la kayu sangat oke.

Mereka bukan mencari kuantiti tapi mencari kualiti. Means kalau hang out bersama, jangan la sibuk dengan benda lain, beri tumpuan pada mereka. Ni tak, sebuk dengan telefon, answer call kawan-kawan dan borak berejam-jam. Baik la keluar dengan tunggul kalau macam tu. 


Sebahagian yang aku rasa lelaki patut amik tahu dan pandang serius. Perempuan memang pelik, tak perlu nak kaji mereka sebab korang takkan dapat jawapan untuk setiap tingkah laku mereka. Korang ikutkan je, layankan. Kalau rasa mereka macam melampau, jangan marah. Cakap dan terangkan dengan baik. Mereka mudah faham tapi juga mudah lupa. Jadi terpaksa la korang terangkan berulang kali.^_^ 



_complicated tak perempuan_




P/S : Aku? aku lagi pelik. Tak caya tanya PakMan. Sabo tak sabo la melayan perangai cam aku ni...ilebiu PakMan!!!kikiki

kenapa rasa macam LOST ni.

ASSALAMUALAIKUM..


KENAPA HARI NI RASA MACAM LOST

KENAPA HARI NI RASA MACAM SEMUA BENDA JADI TAK BETUL

KENAPA HARI NI RASA MACAM NAK NANGES NI

KENAPA HARI NI RASA MACAM MOODY JEK

KENAPA HARI NI RASA MACAM NAK RESIGN PULAK

KENAPA HARI NI AKU JADI MACAM MALAS GILA

KENAPA HARI NI MACAM TAK BOLEH SENYUM

KENAPA RASA API KEMARAHAN MEMBARA-BARA NI


Mesti semua ni berlaku sebab hari ni hari ISNIN...aku selalu tak suka hari ISNIN, so mula la macam-macam pe'el merepek aku muncul. Tapi siryes la.MONDAY SICKNESS ke hape penyakit aku ni.

Tibe-tibe semua orang aku rindu, tibe-tibe semua benda aku rasa membebankan.

FINE!!

ILI, GO AND TAKE WUDHUK...everything will be fine later...!


P/S : Aku rindu semua orang yang hampir dengan aku. Aku cume nak mereka semua sentiasa ada bersama di sisi in every second......But they all have their own life...JGN MEREPEK BOLE TAK ILI SYAFIKAH!