Oh terghendu plak aku...

hepi thaipusam untuk semua...
Kita kan 1 MALAYSIA!!!~~


Pagi-pagi ayah dan mak suruh siap-siap. We gonna have breakfast together. Tempat biasa, Lontong sedap. Lama dah tak p sarapan bersama kan kan. Pulak tu diorang sumer cuti.Aku je yang kene keje,eh tapi tak pe,aku suka(oh ikhlasnya ilisyafikah berkata-kata *terharu*).

Borak-borak...cerita-cerita...masuk lah bab zaman kegemilangan kami masa kecik-kecik dulu. Susah payah nak membesarkan anak-anak. Yang sulung lain ceritanya, yang tengah, yang adik, semua ada kisah yang tersendiri.
Haisshhh malu plak nak citer zaman kekanak haku yang sangat kiut itu. Oke puji diri sendiri *muka selamber*

Satu-satu cerita keluar dari mulut mak. Yelah, dia yang banyak membesarkan kami-kami semua (ayah pun sama la, tapi mak lebih sikit..ahaa..normal la kan kan..ibu is more loving gitu)

KINDERGARTE

Kakak masa kecik-kecik nak sekolah tadika, mak kene teman. Dah la masa tu mak masih dalam pantang lepas lahirkan abang (2nd brother). Dengan berstoking-stoking la mak temankan dia, duduk la kat luar kelas tu sampai tamat waktu sekolah.
-mak-

Cikgu Luqman sampai ingat lagi ayah sebat kakak sebab tak nak sekolah tadika kalau mak tak teman. Dia siap tanya, "anak kau yang mana dulu yang kene sebat sebab tak nak pegi sekolah ?" ouch!!!...
Tu yang kene badi 'Luqman' tu, Pakcik, sedara-mara nama Luqman, pulak tu berkawan dengan budak nama Luqman (hesh, ada kaitan ke yah??)
-ayah-

Hehe..aku ingat lagi masa mula-mula masuk tadika, semua nak baru dan cantik. Kasut sekolah ada lobang-lobang corak bunga, pakai stoking yang ada renda-renda segala, tu siap ada bunga kecik kat tepi stoking tu. hehe...cumil kan *kelip-kelip mata*. Beg haruslah yang cumil, isi buku tulis sebuah dengan pensel warna sekotak.
Dulu bila time nak pegi sekolah je mesti aku nangis dulu, tu yang kene sebat tu. Garang an ayah kita, tapi dia baik sangat tau. Sebab hari-hari nangis, ayah janji kalau hari ni sekolah sampai petang, tak menangis dan mak tak payah teman, ayah akan belikan basikal. Hesh semangat bhai aku masa tu. Sumpah tak nangis.
Masa tadika, waktu rehat kan diberi makan. Sampai sekarang aku tak boleh lupa jemput-jemput pisang dia. Besau giler weehhh, ada la macam satu penumbuk tangan aku. So makan seketul je dah kenyang. ^_^


PRIMARY

Kakak kalau tak dapat 4A @ 3A masa UPSR, mak hantar kakak sekolah pondok.
-mak-

Dasat kan mak aku, main ugut-ugut segala neh. Ingat Tailong ke??. Aku ingat lagi, dia siap bagi aku keratan paper yang ada maklumat tentang sekolah pondok. Kat situ la dia nak hantar aku kalau aku tak dapat baik dalam UPSR. Psiko mak aku neh. Cuak bhai aku, nak kene sekolah pondok. APEKAH ???!!

Kaki mak sampai sakit berdiri lama-lama sebab kene tunggu kakak sekolah agama. Dia tak kasi mak balik masa lepas pendaftaran.
-mak-

Muahaha..selekeh kan ilisyafikah. Dah besar-besar pun suruh mak dia teman sekolah.EEEEE tak malu...!!!
Ehem...Ehemm...Eheemmm!!
hohoho..malu ahh. Sebenarnya masa tu aku baru mendaftar sekolah agama baru. Masa tu aku masuk darjah 1 sekolah agama (darjah 2 sekolah rendah). Ramainye umat masa tu, aku pulak agak fobia kalau orang ramai-ramai neh. Tu yang aku soh mak aku teman tu. Sian mak aku sampai sakit-sakit kaki berdiri. Tapi bukan aku sorang je yang ibu bapa teman, ramai lagi. Sumer pesen-pesen aku la tu, penakut....lalalala


SECONDARY

Ohhh..zaman kegemilanganku. Zaman dimana ada sedikit tanduk tumbuh di celah helaian rambut di balik tudung. Muahaha..Tak delah, aku baik je masa sekolah dulu. Almaklumlah, satu sekolah dengan ayah terchenta, cikgu semua kenal. Cheettt!! 
Form 1, Form 2, Form 3 aku masuk kelas aliran agama. Mak masukkan aku sekolah tu sebabnya aku dapat kelas aliran agama, macam sejuk je mata memandang, telinga mendengar. Tapi sekarang dia agak menyesal, kenapa tak nak masukkan aku High School. Tak pelah mak, takdirNya begitu. Kita redha saje.

Tapi best weh sekolah dulu, lagi-lagi masuk Form 4, Form 5. Zaman kegemilangan tuh, dapat plak kawan-kawan yang masing-masing kepala best. OUCH indahnya menyorok bawah tangga...!!! Ahaha..
I RELI MISS U ALL.<3 <3


Begitulah cerita-cerita tentang aku yang diperbincangkan pada pagi yang indah ini. Nengok-nengok jam dah pukul 8.10am. Cecepat salam-salam, mak ayah pegi dulu yeh. Kakak akan berkerja besungguh-sungguh pada hari cuti yang berbahagia ini..!!!!
opppsss...breakfast neh disponser by ayah terchenta..muaahh3..lebiu ah..



p/s : saya rhendu plak zaman kanak-kanak dulu. Penuh suka dan duka. Semua tu mustahil untuk diulang kembali. Ia cuma suatu nostalgia.....





0 comments:

Post a Comment